Panglima Perang rebah selepas divaksin

Panglima Perang rebah selepas divaksin

Aksi seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Mat Tere’ yang menerima suntikan vaksin di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) telah menarik perhatian orang ramai.

Walaupun menggelar dirinya sebagai ‘Panglimo Pere’ (panglima perang) namun, ternyata ia bukan ‘tiket kebal’ bagi lelaki itu selepas dilihat tidak bermaya akibat suntikan vaksin.



Menerusi klip video berdurasi satu minit 24 saat yang dikongsi di laman Facebook The Kelat Daily, kelihatan lelaki tersebut pada awalnya bersemangat dan menggelar dirinya sebagai seorang ‘panglima perang’.

Bagaimanapun, ketika berada di PPV dia kelihatan beberapa kali menggelak diri daripada disuntik oleh petugas kesihatan dan disaat-saat akhir video itu, kelihatan ‘panglima’ itu sudah ‘rebah’.

Lelaki itu hampir pengsan dan petugas kesihatan terpaksa memberikan rawatan awal kepadanya.

Namun, Kosmo! difahamkan ‘Mat Tere’ atau nama sebenarnya Muhammad Zul Apiz Baharum,29, adalah seorang ‘insan istimewa’ atau orang kelainan upaya (OKU) dan hampir seluruh rakyat Kelantan mengenalinya.



Susulan penyebaran klip video itu, rata-rata netizen mendoakan agar Mat Tere segera pulih.

Sehingga kini, klip video tersebut telah ditonton lebih 33,000 kali dan dikongsi lebih 168 pengguna. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Panglima Perang rebah selepas divaksin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib pesan pada MP Umno ingkar arahan parti, ‘Taubatlah Sekarang’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker