Ayob Khan berdakwah dari pentas multaqa
Ayob Khan berdakwah dari pentas multaqa
Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay bukan sahaja menggalas tanggungjawab menguatkuasakan undang-undang, tetapi sering dijemput berceramah di majlis keagamaan.
Petang semalam, beliau membarisi panel penceramah majlis multaqa yang diadakan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di Kuantan, Pahang.
Majlis dinamakan Multaqa Menjunjung Kasih dan Taat Setia Agamawan Bersama-sama Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Kesisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur.
Melalui hantaran di Facebook (PB) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Timbalan KPN tampil sebagai ahli panel bagi slot ketiga yang membincangkan tajuk Cabaran Agama Islam Masa Kini’. Majlis berkenaan dibahagikan kepada tiga sesi forum
Ayob Khan berada di pentas bersama bekas Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Md Yunos, manakala Naib Canselor Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Prof Madya Datuk Dr Mohd Zawawi Zainal Abidin selaku moderator.
Multaqa dirasmikan EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad itu, antara lain membincangkan isu ajaran sesat dan kesannya terhadap keselamatan umat Islam serta negara.
Timbalan KPN kemudian hadir Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Sempena Keberangkatan Balik Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah baginda selesai bersemayam di Istana Negara sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Turut berangkat ke majlis berkenaan, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin oleh Kadi Daerah Cameron Highlands, Mohd Khalil Mohd Zari, manakala bacaan doa disempurnakan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.
Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail;Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Dr Zulkifle Ali; ketua-ketua jabatan Persekutuan dan negeri serta pegawai kanan dan anggota PDRM.
Timbalan KPN sebelum ini sering mengingatkan pegawai kanan polis supaya tidak menjadikan pangkat untuk bermegah-megah kerana ia bukan hanya penghargaan, sebaliknya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin.
Beliau juga mengingatkan pegawai kanan mengenai kematian dan balasan yang akan diterima di alam kubur serta pembalasan di Padang Mahsyar jika amanah tidak digalas dengan rasa tanggungjawab.
“Walau sebesar mana pangkat kita, setinggi mana nama kita, kita akan pergi juga… saya juga akan pergi. Cumanya kita tidak tahu berapa lama kita akan hidup dan bila malaikat maut akan menjemput kita.
“Hanya amalan dan nama baik akan kita tinggalkan dan dibangga oleh anak cucu kita,” katanya seperti dilaporkan media pada bulan lalu.
“Ia (pangkat) bukan untuk kita bermegah-megah. Ingatlah dosa pahala, dunia dan akhirat kerana semuanya akan dihitung sama ada di alam kubur atau Padang Mahsyar nanti.
“Jika baik amalan kita, akan dibalas baik dan jika sebaliknya, janganlah kita menyesal nanti,” kata Ayob Khan lagi. BH
Ayob Khan berdakwah dari pentas multaqa
Baca Artikel Menarik:
- 3 kemungkinan dibuat Lembaga Pengampunan
- Kenapa saya kahwin wanita lebih tua
- Biodata yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
- Adibah tetap lawan Rosland berkenaan hak penjagaan kekal dua anak
- Mahfuz pula bayar saman RM250,000 kepada Sanusi
- SPRM beku akaun Tan Sri berkait kontrak bekal kenderaan kerajaan
- Kini akad nikah dibenarkan di dua masjid suci
- Rayuan bekas pegawai khas Hishammuddin Hussein didengar hari ini
- Tertuduh terakhir kes kongsi isteri dihukum penjara 13 tahun, 12 sebatan
- Rasa macam pengantin – Al-Sultan Abdullah
- Piala Asia: Akibat bergaduh dengan jurulatih, penjaring terbanyak dihantar pulang
- Ketua Pesuruhjaya SPRM mengadap TMJ di Kuala Lumpur
- Majikan beri bonus 13 bulan dan ikan kerapu 5kg sempena Tahun Baru Cina
- Inspektor didakwa merogol gadis ketika beri keterangan gambar lucah, kini dalam siasatan polis
- ‘Jangan sampai kami bermalam di KOMTAR 10 hari, sambil bakar ikan’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)
You must be logged in to post a comment.