Setia Sekata Masjid Tanah Sejahtera Mas Ermieyati Diragui
Oleh Nurul Aisyah
RATA-RATA penduduk Masjid Tanah mengenali siapa Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Walaupun propaganda secara senyap dijalankan agar isu “melompat parti” beliau tidak diperbesarkan namun fakta tidak boleh dinafikan bahawa Mas Ermieyati yang menang kerusi Parlimen Masjid Tanah pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) dengan tiket UMNO telah melompat ke parti Pribumi Bersatu Malaysia (Muhyiddin) atas sebab peribadi.
Ini bermakna, Mas Ermieyati meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan parti dan rakyat. Tidak wujud istilah kesetiaan dalam kamus peribadi beliau.
Oleh itu, apabila calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Masjid Tanah itu muncul dengan manifesto “tagline” “Setia Sekata Masjid Tanah Sejahtera”, beliau menjadi bahan ketawa ramai pihak.
Perkataan “setia” tersebut sangat tidak sesuai dengan Mas Ermieyati.
[videopress C7DAc3Z2]Penyandang Parlimen Masjid Tanah ini berhadapan dengan cabaran Abdul Hakim Abdul Wahid (BN), Handrawirawan Abu Bakar (Pejuang) dan Mutalib Uthman (Muda).
Menyorot kembali detik Mas Ermieyati melompat masuk parti Muhyiddin, beliau sendiri dikatakan sedar perjalanan politiknya bakal terkubur selepas keluar UMNO.
Tambahan pula, Masjid Tanah dan kawasan sekitar merupakan kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Pada PRU14, Mas Ermieyati menang Masjid Tanah sebagai calon BN dengan kelebihan 8,000 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan dan Pas.
PRU15 pula Mas Ermieyati diramal kalah lebih 8,000 pula berdasarkan keputusan PRN Melaka yang lalu, 5 DUN dalam Parlimen Masjid Tanah memberikan sokongan lebih 8,000 undi kepada Barisan Nasional (BN). Malah dengan penambahan pengundi baru-baru ini, pengundi BN juga akan bertambah. Oleh itu, Mas Ermieyati berkemungkinan besar akan kalah lebih 8,000 undi.