3 individu didakwa bunuh penganggur

3 individu didakwa bunuh penganggur

3 individu didakwa bunuh penganggur
Tiga individu didakwa di Mahkamah Majistret Jasin atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Jasin bulan lalu. Foto NSTP

JASIN: Tiga individu masing-masing seorang pekerja pasar raya, mekanik dan pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Jasin bulan lalu.

Tertuduh, M Yogeswaran, 25; Mohd Azmi Mohd Nor, 34, dan K Krishnamorthy, 66, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu dan Tamil oleh jurubahasa mahkamah.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Yogeswaran, Mohd Azmi dan Krishnamorthy didakwa mencapai niat bersama melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian K Gunalan, 52, di tempat letak kereta di hadapan sebuah tadika di Bandar Jasin Bestari, di sini antara jam 7.37 malam dan jam 8.59 malam pada 27 Julai lalu.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Syazwanie Marizan tidak menawarkan sebarang jaminan manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Amritpal Singh, Datuk K. Shashi Kumar dan A. Mathan.

Majistret Mazana Sinin tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 8 Sept depan bagi sebutan semula kes.

Pada 27 Julai lalu, seorang penganggur lelaki disahkan maut selepas dipercayai dipukul sekumpulan individu susulan tindakannya disyaki melakukan kelucahan melampau.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar dilaporkan berkata mangsa berusia 51 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan. – BERNAMA

 

3 individu didakwa bunuh penganggur

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker