Myanmar benarkan rakyat pro Junta bawa senjata

Myanmar benarkan rakyat pro Junta bawa senjata

YANGON: Junta tentera Myanmar membenarkan orang awam yang ‘taat dan setia kepada negara’ memohon lesen untuk membawa senjata api.

Ia didedahkan laporan media tempatan, berdasarkan dokumen sulit Kementerian Dalam Negeri yang dibocorkan dan sudah diteliti Reuters serta media lain.



Pakar bimbang tindakan membenarkan orang awam membawa senjata akan memperkasakan kumpulan pro-junta dan hanya meningkatkan keganasan serta pertempuran hampir setiap hari.

Syarat yang dinyatakan dalam dokumen itu termasuk pemohon mesti berumur 18 tahun dan ada keperluan yang boleh dibuktikan untuk memiliki senjata bagi tujuan keselamatan, sebagai tambahan kepada keperluan ‘kesetiaan kepada negara’.

Reuters gagal mendapat sebarang pengesahan jurucakap tentera junta Myanmar berhubung pendedahan dokumen 15 muka surat itu termasuk mengenai tarikh penguatkuasaannya.

Dokumen itu memperuntukkan anggota anti-pemberontakan, militia ditubuhkan secara rasmi dan mereka yang bersara daripada tentera untuk membawa senjata selain senapang ringan selagi mereka mempunyai permit bagi berbuat demikian.



Menurut dokumen sama, kerajaan tentera akan mempunyai hak untuk mengimport dan menjual senjata api serta peluru yang dilesenkan oleh Kementerian Pertahanan.

Junta tentera mengetuai rampasan kuasa pada Februari 2021, sekali gus menggulingkan kerajaan sedia ada pimpinan Aung San Su Kyi.

Kumpulan pemantau berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Acled, berkata sekitar 19,000 orang maut tahun lalu akibat operasi tentera mematahkan tunjuk perasaan menentang junta.

Kira-kira 1.2 juta penduduk Myanmar kini menjadi pelarian termasuk lebih 70,000 yang sudah meninggalkan negara itu, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB), yang menuduh berlaku jenayah perang terhadap kemanusiaan. BH



Myanmar benarkan rakyat pro Junta bawa senjata

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar



Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker