Tiada lagi Arif Aiman ‘nombor dua’ jika pembangunan terabai – Kamarul

Tiada lagi Arif Aiman ‘nombor dua’ jika pembangunan terabai – Kamarul

Tiada lagi Arif Aiman 'nombor dua' jika pembangunan terabai - Kamarul
ARIF Aiman melakukan dua umpanan jaringan ketika Malaysia membelasah Vietnam 4-0 pada aksi Kelayakan Piala Asia, 10 Jun lalu. FOTO ARKIB NSTP

Kuala Lumpur: “Kalau kita terus bergantung pada Akademi Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) sahaja, memang takkan ada lagi ‘Arif Aiman’ lain dalam bola sepak Malaysia pada masa depan.”

Itu teguran lantang pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Kamarul Ariffin Shahar yang juga bekas Penolong Pengurus Harimau Malaya mengenai kelemahan sistem pembangunan dan pengumpulan data pemain muda di negara ini.

Menurutnya, ramai individu tampil mengadu mengenai pemain muda berbakat seawal usia 12 tahun, namun tiada satu pun disertakan dengan laporan lengkap, statistik atau sokongan rasmi daripada akademi atau jurulatih masing-masing.

“Ada yang datang secara peribadi kata Datuk, budak ni bagus’. Tapi saya nak bantu macam mana kalau tak ada laporan atau data sahih?

“Kita hanya dengar cerita, tiada sebarang sokongan fakta,” katanya ketika ketika tampil dalam Podcast Apa-Apa Saja Harian Metro, semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri


Podcast selama 40 minit itu membincangkan mengenai halatuju skuad Harimau Malaya dan apa akan jadi pada Liga Malaysia (Liga M) musim 2025/2026.

Tiada lagi Arif Aiman 'nombor dua' jika pembangunan terabai - Kamarul
KAMARUL (tiga dari kanan) ketika hadir dalam program Podcast Apa-Apa Saja Harian Metro, semalam.

Selain itu, beliau memberi contoh bagaimana Korea Selatan menguruskan pembangunan pemain bola sepak mereka dengan sistematik iaitu menyenaraikan lebih 150 pemain berpotensi bersama data kekuatan fizikal, prestasi liga dan analisis lengkap.

“Dekat Korea, mereka tahu siapa 155 pemain terbaik, siapa yang berada dalam senarai 35 teratas.

“Semua lengkap dengan statistik kaki dominan, prestasi liga, semuanya direkod. Kita di sini, masih cakap kosong saja,” katanya.

Beliau membidas sikap beberapa persatuan bola sepak negeri (FA) yang hanya ‘tumpang glamor’ kejayaan skuad negara tanpa melaksanakan tanggungjawab pembangunan akar umbi dengan serius.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan


“Liga Super sudah asing, tapi liga negeri pun tak mampu nak buat kejohanan bawah 13, bawah 15, bawah 17?

“Kalau tak mampu jalankan tanggungjawab asas, lebih baik berundur,” tegasnya.

Kamarul menegaskan pembangunan bukan tanggungjawab satu dua akademi sahaja, sebaliknya perlu digerakkan menyeluruh oleh setiap negeri dan persatuan yang masih memegang lesen pembangunan belia.

“Kita tak pernah tahu pun berapa jumlah pemain bawah umur di negara ini, jauh sekali untuk tahu siapa yang berbakat. Ini satu kegagalan besar.

“Diharapkan agar satu pelan pembangunan pemain belia yang lebih serius dan berasaskan data dapat diwujudkan segera sebelum bakat tempatan terus tenggelam dan bergantung semata-mata kepada hasil satu atau dua akademi elit,” katanya.

 

Tiada lagi Arif Aiman ‘nombor dua’ jika pembangunan terabai – Kamarul

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker