Amy buat laporan polis terhadap Shila Amzah
Amy buat laporan polis terhadap Shila Amzah
Shah Alam: Penyanyi Datuk Amy Search membuat laporan polis terhadap Shila Amzah berhubung isu yang tular, baru-baru ini.
Peguam Datuk M Reza Hassan yang mewakili Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman mengesahkan perkara itu dan memberitahu anak guamnya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, malam tadi.
“Amy memfailkan laporan terhadap Shila Amzah dan memberi keterangan kepada pegawai penyiasat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan laporan dibuat Amy, malam tadi.
“Ya ada (laporan polis), tapi lebih kepada ‘covering report’ dan penafian, laporan dirujuk ke IPD (Ibu Pejabat Polis) Dang Wangi,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Pada 10 Julai lalu, Shila atau Nurshahila Amir Amzah membuat laporan polis mendakwa diserang penyanyi legenda ketika latihan bagi sebuah konsert.
Polis kemudian membuka siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad kemudian dilapor berkata, rasa tidak puas hati kerana mencampuri masalah keluarga dipercayai menjadi punca Shila diserang penyanyi legenda berkenaan.
Amy buat laporan polis terhadap Shila Amzah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.