77 peratus kebakaran struktur di Kelantan berpunca daripada elektrik
77 peratus kebakaran struktur di Kelantan berpunca daripada elektrik

KOTA BHARU: Faktor elektrik menjadi punca 77 peratus kebakaran struktur yang direkodkan di Kelantan dalam tempoh dua tahun berturut-turut sejak 2023, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Farhan Sufyan Borhan.
Beliau berkata pada 2023, sebanyak 689 kes kebakaran struktur direkodkan dengan 537 kes berpunca daripada elektrik manakala tahun lepas meningkat kepada 821 kes kebakaran dengan 634 kes dikenal pasti faktor yang sama.
“Jumlah ini merisaukan pihak kami dan tahun ini kita jangka punca kebakaran yang berlaku juga disebabkan faktor elektrik, kebiasaannya daripada barangan elektrik dan sistem pendawaian di rumah, terutamanya membabitkan rumah jenis kayu,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan JBPM Kelantan di Ibu Pejabat JBPM Tunjong di sini hari ini.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya menyelenggara sistem pendawaian di kediaman masing-masing serta memeriksa barang elektrik yang digunakan terutamanya yang melibatkan penggunaan lebih 10 tahun.
tinggi untuk membantu pemadaman pembakaran terbuka sebagai langkah persediaan berdepan kebakaran di tanah gambut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
Beliau berkata pam air yang diterima pada akhir tahun lepas itu telah diagihkan kepada empat balai yang menerima panggilan kebakaran tertinggi iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, BBP Pasir Puteh, BBP Tunjong dan BBP Tanah Merah.
“Kita juga ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa membersihkan kawasan persekitaran di kediaman masing-masing kerana pada musim Monsun Barat Daya haiwan berbisa seperti ular dan kala jengking akan mencari tempat untuk berlindung,” katanya. – BERNAMA
77 peratus kebakaran struktur di Kelantan berpunca daripada elektrik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.