Kereta bertindih terperosok lubang benam

Kereta bertindih terperosok lubang benam

Kereta bertindih terperosok lubang benam
Tangkap layar menunjukkan dua kereta ‘ditelan’ lubang benam yang muncul di tengah jalan. – TikTok

BEIJING – Dua buah kereta ‘ditelan’ ke dalam lubang benam yang terbentuk di sebatang jalan di wilayah Hebei, China, lapor portal berita Must Share News semalam.

Kejadian berlaku sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan) di Guangming Avenue dekat bandar Handan, Rabu lalu.

Rakaman kamera papan pemuka yang dimuat naik di platform TikTok menunjukkan lubang besar tiba-tiba muncul di tengah jalan raya yang sibuk.

Sebuah kereta yang dipandu laju terjatuh, diikuti kenderaan di belakangnya, menyebabkan ia bertindih.

Sekurang-kurangnya tiga orang cedera dan dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut, demikian menurut polis tempatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR


Siasatan awal mendapati, kemunculan lubang besar itu berpunca daripada saluran paip bawah tanah yang pecah.

Selepas video itu tular, ramai pengguna media sosial mendakwa jalan tersebut baru dibaiki dua tahun lalu dan menyifatkan kerja pembaikan sebagai teruk.

Polis sedang giat menjalankan siasatan. – AGENSI

Kereta bertindih terperosok lubang benam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker