Skuad B-23 negara perlu jeneral tengah kreatif – Wan Jamak

Skuad B-23 negara perlu jeneral tengah kreatif – Wan Jamak

Skuad B-23 negara perlu jeneral tengah kreatif - Wan Jamak
PENYERANG skuad B-23 negara, Fergus Tierney (dua dari kiri) mengawal bola ketika tewas 0-2 kepada Filipina pada perlawanan pembukaan. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara memerlukan jeneral tengah yang kreatif dalam melakukan ‘hantaran membunuh’ kepada penyerang sekiranya mahu tampil dengan lebih garang pada kempen kelayakan Piala Asia B-23 2026, September ini.

Pandangan itu disuarakan bekas pengendali skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan selepas melihat aksi Harimau Malaya B-23 berdepan Indonesia dalam perlawanan terakhir Kumpulan A saingan Piala ASEAN B-23 di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.

Jurulatih berpengalaman itu turut menjelaskan penyerang skuad negara perlu lebih berani dan bijak dalam menggelecek serta membuat larian di celah pemain lawan dan perkara itu tidak tidak berlaku ketika berdepan Indonesia.

Bagaimanapun, beliau percaya, barisan kejurulatihan skuad B-23 negara yang diketuai Nafuzi Zain mengetahui kelemahan yang perlu diperbaiki terutama untuk berdepan kelayakan Piala Asia B-23 yang lebih mencabar.

“Kalau kita tengok semalam, pasukan negara tiada hantaran membunuh ke bahagian serangan. Kita perlu cari seorang pemain tengah yang kreatif dan boleh melakukan hantaran membunuh ke zon serangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati


“Serangan ada, cuma apabila sampai di zon serangan, kita tiada pemain kreatif yang boleh melakukan hantaran terbaik dan tiada pemain boleh berlari di celah pemain lawan.

“Pertahanan pun saya berasa kena diperbaiki sebab pertahanan banyak memerhati bola. Bagi kejohanan antarabangsa, kita tidak boleh memerhati bola, kena tersusun dan mengawal pergerakan pemain lawan atau menutup ruang supaya lawan tidak boleh melakukan percubaan.

“Keseluruhannya daripada segi teknik dan sebagainya saya berasa pemain boleh meningkatkan lagi sebab ini kejohanan pertama mereka. Jadi, banyak lagi ruang dan perkara yang boleh diperbaiki,” katanya.

Keputusan seri 0-0 berdepan Indonesia menyaksikan Harimau Malaya B-23 menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan ketiga dengan mengumpul empat mata, sekali gus gagal lolos ke separuh akhir.

Nafuzi dilihat perlu membuat kerja rumah bermula dari sekarang untuk membentuk skuad lebih mantap dengan beliau memiliki tempoh tidak sampai dua bulan sebelum menghadapi kelayakan Piala Asia B-23 yang akan berlangsung di Thailand.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan


Pada kejohanan itu, skuad negara dijangka berdepan cabaran lebih sukar apabila diundi dalam Kumpulan F bersama tuan rumah Thailand, Lubnan dan Mongolia.

Skuad B-23 negara perlu jeneral tengah kreatif – Wan Jamak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker