Peruntukan Kementerian Pelancongan lepasi pembangkang selepas undi belah bahagi

Peruntukan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di bawah Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa berjaya melepasi pembangkang apabila ia dibentang untuk undian belah bahagi di Dewan Rakyat hari ini.

Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun berkata, 96 ahli Parlimen tidak bersetuju berbanding 109 yang bersetuju apabila RUU itu diundi.

“15 tidak hadir,” katanya ketika mengumumkan hasil undian.

Undian belah bahagi dijalankan selepas lebih 15 Ahli Parlimen bangun menyokong usul supaya peruntukan bagi kementerian itu diputuskan menerusi kaedah itu.



Sebelum itu, peruntukan untuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di peringkat jawatankuasa lulus tanpa undian belah bahagi.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya diperuntukan sebanyak RM1.140 bilion dalam Belanjawan 2021, iaitu RM986.618 juta bagi perbelanjaan mengurus dan RM153.833 juta bagi perbelanjaan pembangunan. FMT

Bagaimana pengundian di Dewan Rakyat dijalankan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker