4 kematian, Selangor, P Pinang, Sabah catat kenaikan jumlah terkini 1,671 kes baru,

Malaysia mencatatkan 1,671 kes baru Covid-19 setakat tengah hari tadi, dengan Pulau Pinang, Selangor dan Sabah mencatatkan kenaikan.

Selangor melaporkan 652 kes baru hari ini, hampir dua kali ganda berbanding semalam. Peningkatan ini sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan kes dari Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia (134) di Kuala Langat.

Sementara itu, Sabah mempunyai 102 kes baru. Ini pertama kali negeri berkenaan melaporkan tiga digit sejak 1 Mac. Terdapat peningkatan kes dari penelusuran kontak rapat, dan penyaringan lain.

Pulau Pinang mempunyai 328 kes baru, tertinggi dalam 16 hari dan kedua tertinggi sepanjang gelombang ketiga. Lonjakan ini disebabkan oleh kluster pusat imigresen DTI Juru, yang mempunyai 206 kes baru.

Jumlah kes aktif juga meningkat sebanyak 82, peningkatan pertama sejak 24 Februari. Peningkatan sebelumnya sebelum itu adalah pada 10 Februari.

Kes aktif: 14,442

Pesakit di ICU: 151

Pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan: 64

Kes kematian : 4 kes (1,229 kes kumulatif). Dua kematian hari ini adalah dari Selangor, dan masing-masing satu di Kedah dan Sabah. Korban paling muda berumur 47 tahun.

Sebanyak empat kluster baru dikesan menjadikan jumlah kluster yang pernah direkodkan sebanyak 1,292 kluster.

Empat kluster baru itu ialah:

– Kluster Teluk Air Tawar di Pulau Pinang  (tempat kerja)

– Perindustrian Pekan Nanas di Johor (tempat kerja)

– Tanjung Genting di Sarawak (komuniti)

– Pulau Pisang di Perak (komuniti)

KKM memaklumkan 10 lagi kluster tamat, menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang diisytihar tamat sebanyak 871. Kluster yang tamat hari ini ialah Kluster Jalan Pasar, Kluster Jalan Bakawali Ramun, Kluster Kampung Hala, Kluster Jalan Tanjung Enam, Kluster Jalan Wawasan 14, Kluster Jalan Perusahaan Satu, Kluster Jalan Kuchai, Kluster Tapak Bina Seksyen Satu, Kluster Tapak Bina Persiaran Sepang, dan Kluster Jalan Kewajipan.

Jumlah kluster aktif : 421 kluster.

Sebanyak 53 kluster mencatatkan pertambahan baru.

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster DTI Juru (206), Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia (134 kes), dan Kluster Perindustrian Pekan Nanas (39 kes).

Pecahan kes baru berdasarkan negeri:

Selangor: 652 kes
213 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
283 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
156 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pulau Pinang: 328 kes
215 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Teluk Air Tawar;
70 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
43 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sarawak: 154 kes
28 kes daripada kluster-kluster sedia ada termasuk tiga kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tanjung Genting;
84 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
42 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Johor: 130 kes
55 kes daripada kluster-kluster, termasuk 39 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Perindustrian Pekan Nanas;
43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
32 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sabah: 102 kes
Satu kes daripada kluster sedia ada;
43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
58 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 78 kes
Satu kes daripada kluster sedia ada;
44 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
Dua kes import dari luar negara; dan
31 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kelantan: 63 kes
25 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
17 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kedah: 46 kes
18 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; an
16 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perak: 37 kes
20 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Pulau Pisang;
Sembilan kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
Lapan kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Terengganu: 32 kes
27 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Dua kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
Tiga kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Negeri Sembilan: 25 kes
Enam kes daripada kluster-kluster sedia ada;
14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
Lima kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Melaka: 18 kes
Tujuh kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Lapan kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid; dan
Tiga kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pahang: 3 kes
Dua kes daripada kluster sedia ada; dan
Satu kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
Wilayah Persekutuan Labuan: Tiga kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker