Tak perlu jual ayam mahal macam nak ke Mekah balik hari – Jukee Ayam
Tak perlu jual ayam mahal macam nak ke Mekah balik hari – Jukee Ayam
Seorang peniaga ayam menyifatkan penjual yang meletakkan harga tinggi untuk ternakan itu seperti individu yang mahu ke Mekah ‘balik hari.’
Zukila Deraman – yang terkenal kerana harga ayam murahnya di Kelantan berkata peniaga terbabit meletakkan harga tinggi kerana mahukan margin keuntungan yang besar.
Katanya harga daripada pihak pemborong sebenarnya sudah wajar.
“Pemborong letak harga molek (murah) dah, tapi geng peniaga saja yang jual harga tinggi RM8.50 hingga RM9 sekilogram.
“Nak untung (banyak) ibarat nak pergi Mekah balik hari. Nak untung banyak, untung RM5 atas seekor ayam, itu yang jadi masalah,” katanya dalam satu perkongsian video di media sosial.
Kerana itu, kata Zukila, orang ramai kecoh apabila dia menawarkan ayam pada harga RM6.99 sekilogram.
Terdahulu, Zukila, 44, yang lebih dikenali sebagai Jukee Ayam menarik perhatian ramai kerana harga yang ditawarkannya itu jauh lebih murah berbanding harga siling ditetapkan kerajaan iaitu RM9.40 sekilogram.
Katanya, harga jualannya itu sudah memberi keuntungan memandangkan harga ayam ladang daripada pembekal ialah antara RM5.50 hingga RM6.30 sekilogram.
Justeru jelas Jukee, peniaga tidak sepatutnya menjual ayam dengan harga yang mahal semata-mata mahu mengaut keuntungan besar tetapi akhirnya pembekal juga akan menaikan harga jualan mereka.
“Kebanyakan peniaga dapat bekalan daripada pembekal sama dengan harga yang sama sahaja, jadi bergantung kepada peniaga sekiranya mereka mahu keuntungan lebih, mereka akan menjual dengan harga mahal.
“Tetapi perlu ingat, apabila kita menjual dengan harga yang mahal bukan sahaja ia membebankan pengguna, sebaliknya pembekal juga akan mengambil kesempatan menaikkan harga dengan alasan peniaga mendapat keuntungan tinggi,” katanya yang mempunyai tujuh cawangan kedai ayam proses. Mk
Tak perlu jual ayam mahal macam nak ke Mekah balik hari – Jukee Ayam
Baca Artikel Menarik:
- Tiada perjanjian lantik TPM – Shahril
- Kenapa RoS lembap sangat?
- Tak nak yang kaya tapi harap duit ibu bapa – Shila Amzah
- Kerajaan ‘multiverse’ hancurkan kepercayaan saya – Diana Danielle
- Pulut Panggang berintikan ‘Ubat Stepler’
- Rakyat Malaysia gagal tangguh hukuman mati di Singapura
- Lembu korban terlajak ‘SADO’ tular
- Pesawat Qatar Airways hampir langgar belon
- ‘Malaikat’ boleh pegang IC tolong mengundi
- Pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur
- YouTuber tarik tudung kena dakwa
- Ahli Parlimen PKR kata YDPA dan Sultan tidak boleh terlibat dengan perniagaan
- Puad pertahan Tok Mat, Asia Times petik kenyataan diluar konteks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar
You must be logged in to post a comment.