Wanita Jatuh Cinta Dan Berkahwin Dengan Briefcase

Sebelum ini pernah tular kisah beberapa perkahwinan antara manusia dan objek seperti permaidani, pokok, jambatan dan macam-macam lagi. Agak pelik, namun sememangnya wujud manusia sedemikian. Terbaharu, satu lagi kisah manusia berkahwin dengan objek dan kali ini adalah Briefcase yang diberi nama Gideon.

[VIDEO] Kenapa? Tak Percaya Ka?? Kahwini Margo Patung Silikon

Wanita berusia 24 tahun, Rain Gordon mula tertarik dengan ‘suaminya’ itu sejak 5 tahun lalu ketika membeli barangan prop untuk sesi penggambaran. Menurutnya Gideon nampak sangat menarik membuatkan dirinya membeli suitcase tersebut.

berkahwin briefcase-tile

Selain dari itu Rain Gordon percaya setiap yang ada di sekelilingnya ada jiwa yang tersendiri. Malah wanita yang bekerja sebagai guru tadika ini turut mengakui pada usia remajanya dia pernah jatuh cinta dengan pusat beli-belah yang dibuka di bandar tempat tinggalnya.

Namun begitu dia tahu orang lain akan anggap ia satu yang pelik, jadi dia tidak memberitahu orang lain mengenai perkara itu. Tambahnya lagi, di awal pertemuan dia dengan Gideon, hatinya berdegup laju. “Saya jatuh cinta dengan fizikal Gideon yang berwarna silver, logam dan berkilat,” ujar wanita ini.

berkahwin briefcase 1-tile

Rain Gordon mula ‘bercinta’ dengan Gideon pada November tahun sama dia membelinya dan berkahwin pada Jun tahun ini. Dia sendiri tidak menyangka akan berkahwin dengan briefcase.-HCL

Sumber: DailyStar

Wanita kahwini pokok elder

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker