Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim menganggap tindakan merehatkan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid daripada muncul di kaca televisyen (TV) sebagai satu kerugian besar.

Ini kerana, Ustaz Kazim menyifatkan Ustaz Don yang juga anak didiknya mempunyai kelebihan dalam menarik minat ramai pihak terutama golongan muda untuk lebih mendekati agama melalui ceramahnya.

“Ustaz Don adalah anak murid saya sebelum ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Dia seorang pendakwah yang mempunyai cara penyampaian mudah difahami.

“Anak-anak muda boleh ikut dengan bahasa sopan-santun dan lemah lembutnya. Dia berjaya menarik minat ramai orang.

“Bagi saya, perkara ini sebagai satu kerugian besar sekiranya Ustaz Don tidak lagi boleh bercakap menerusi saluran media utama.

“Memang ada media sosial, tapi orang tetap hendak lihat di saluran media utama seperti TV, radio dan sebagainya,” katanya ditemui pada tayangan perdana dan sidang media filem lakonannya, Zim Zim Ala Kazim di GSC The Starling, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Ustaz Kazim menganggap perkara menimpa Ustaz Don adalah asam garam yang perlu dilalui sebagai pendakwah.

Malah, katanya, dia juga pernah berdepan situasi ‘digam’ daripada menyampaikan ceramah suatu ketika dahulu.

“Mungkin ada penjernihan yang perlu dibuat oleh Ustaz Don. Ketika ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah memanggilnya dan Mufti Wilayah Persekutuan juga ada berikan kenyataan.

“Saya juga pernah kena ‘gam’. Namun, saya hormat keputusan itu dan harus perbetulkan semula kesilapan saya.

“Saya percaya, bila kita buat yang terbaik, saluran seperti TV dan radio akan panggil semula. Begitu juga dengan masyarakat,” kata Ustaz Kazim yang sudah memiliki pengalaman selama 34 tahun dalam bidang dakwah.

Terdahulu, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman mengesahkan Ustaz Don direhatkan daripada mengendalikan program Salam Baitullah terbitan RTM.

Ustaz Don dilapor direhatkan daripada mengendalikan program berkenaan susulan pertikaian netizen membabitkan kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang diceritakan beliau ketika bersiaran di konti stesen radio hingga mengundang kritikan pelbagai pihak.

Sementara itu, Ustaz Kazim berharap agar orang ramai tidak terus menghukum Ustaz Don dan memberi peluang kepadanya untuk menjernihkan semula keadaan.

“Dalam isu ini, kita kena ada kelapangan hati. Bagi pihak masyarakat pula, janganlah terus menghentam Ustaz Don seolah-olah tidak pernah berbuat baik.

“Apa salah Ustaz Don sampai kena maki hamun. Kalau betul salah, kita berjumpa dan nasihat dengan baik,” katanya.

Pada masa sama, Ustaz Kazim percaya Ustaz Don mampu menghadapi dugaan dengan baik, namun tidak menghubunginya kerana mahu memberi ruang untuk pendakwah itu menenangkan diri.

“Saya tak hubungi dia pun. Cuma dia ada mesej saya perjalanan program Salam Baitullah. Saya pun tak mahu balas atau serabutkan fikirannya.

“Saya tak mahu tambah tekanan Ustaz Don lagi. Saya tahu, Ustaz Don seorang berfikiran terbuka. Andai kata direhatkan, dia akan akur.

“Dia juga bukan jenis melawan. Jadi, tak perlu saya nasihat sebab dia tahu apa yang perlu dibuat,” katanya. BH

Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wahai pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil

Ummu Hani cinta pertama Rasulullah s.a.w.?

Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)

Grand Livina langgar lampu merah sampai tersodok kereta polis [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker