Suami berdengkur tepi kamu bukan tepi wanita lain, bersyukurlah…
Para isteri dinasihatkan untuk lebih bersyukur dan tidak merungut jika suami kuat berdengkur ketika tidur bersebelahan mereka.
Pendakwah bebas, Syamsul Debat menerusi satu video ceramahnya di saluran YouTube menjelaskan, para suami yang pulang bekerja biasanya akan keletihan dan akan berdengkur jika tertidur di sebelah isteri mereka.
“Saya tahu ramai isteri yang merungut sehingga ada yang kata tidak dapat tidur dengan lena sekiranya suami berdengkur kuat setiap malam.
“Ingatlah para isteri, kamu semua perlu bersyukur itu tandanya suami kamu berada dengan kamu dan bukan berdengkur di sebelah wanita lain. Kalau ada salah faham itu selesaikan,” jelasnya melalui satu rakaman video siri ceramah keluarga bahagianya baru-baru ini.
Tambahnya lagi, terdapat satu kisah seorang wanita warga emas di Rembau, Negeri Sembilan menyatakan dia begitu rindu dengan bunyi dengkuran arwah suaminya selama mereka hidup bersama selama ini.
“Makcik tu kata dia begitu rindu dengan dengkuran kuat arwah suaminya, sekarang dia ternyata sunyi selepas suaminya meninggal dunia.
“Ingat semua isteri, bersyukurlah dengan apa yang anda semua ada. Dapat suami yang kuat bekerja untuk menyara keluarga, penyayang dan bukan yang suka marah-marah, ingat bersyukurlah dengan rezeki Allah yang telah diberikan kepada kamu,” jelasnya
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Wan Fayhsal dedah nama individu tarik MP PN
- Siti Mastura serah rujukan kait Guan Eng dengan Chin Peng kepada polis
- Ahli keluarga terkorban, luahan remaja lelaki meruntunkan hati netizen [VIDEO]
- Umat Islam wajib bantu Palestin, tapi perlu hati-hati boikot jangan aniaya…
- Pengakuan Mahathir bukti beliau tidak ikhlas kerjasama
- Sogokan kepada ahli parlimen, Armada buat laporan polis Menteri KDN ucap tahniah
- Terbaik abang polis
- Speaker Dewan Rakyat naik darah
- ‘Scammer’ perabot berleluasa tipu pengguna
- Remaja rakam aksi beronani guna Al-Quran, siap kencing demi RM15
- Siti Bainun dah kurus sejak masuk penjara
- Zahid dan PRU16, 17, 18
- Nora masuk ICU, suami mohon tolong doakan
- Orang muda suka bercuti di Bangkok, Hatyai
- Mendapan tanah di Bandar Puchong Utama, 6 van dan lori terjejas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET