Ahli politik dera pembantu rumah?
Ahli politik dera pembantu rumah?
Bekas ketua pemuda salah satu cabang PKR didakwa mendera dengan kejam seorang pembantu rumahnya yang juga warga Indonesia.
Mangsa – yang kini dilindungi konsulat Indonesia – mendakwa antara penderaan yang dialami ialah dia disuruh menanggalkan pakaian sebelum dicurah dengan air panas sebagai hukuman kerana membiarkan pintu pagar terbuka.
Itu hanyalah salah satu daripada dakwaan yang disenaraikan dalam laporan polis yang dibuat mangsa kepada polis Ampang Jaya pada pertengahan Ogos lalu dan dilihat oleh Malaysiakini.
Selain mengalami penderaan secara lisan, bekas pembantu rumah itu juga mendakwa dia tidak dibayar gajinya selama empat tahun bekerja dengan lelaki terbabit.
Malaysiakini mendapat pengesahan bahawa siasatan polis terhadap kes itu sedang dijalankan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan telah menghubungi ahli politik terbabit untuk mendapatkan responnya.
Identiti suspek sengaja dirahsiakan sementara menunggu jawapan daripada pihak tertuduh.
Sementara itu Ketua Setiausaha Pengelola PKR Zahir Hassan mengesahkan ahli politik terbabit masih menjadi ahli parti berkenaan tetapi tidak lagi memegang sebarang jawatan.
Menurut pembantu rumah itu, ahli politik bergelar Datuk itu mengugut akan memukulnya jika dia tidak menanggalkan pakaiannya, dan apabila dia melakukannya, dia disimbah dengan air panas.
Dalam kejadian lain, dia mendakwa dipaksa merentangkan tangannya ke lantai kemudian dilempar pasu bunga ke tangannya.
“Ini mematahkan jari kelingking saya dan mencacatkannya secara kekal,” katanya.
Wanita berusia 57 tahun dari Jawa Tengah itu memberitahu Malaysiakini penderaan yang dialaminya itu bermula sebaik saja dia mula bekerja di rumah lelaki terbabit pada 2018.
Menurut mangsa, dia ditendang manakala badan dan kepalanya dihentak, dicengkam rambutnya dan dihempap ke dinding, dipukul di kepala dengan pelbagai objek, selain cuba dilemaskan. Mk
Ahli politik dera pembantu rumah?
Baca Artikel Menarik:
- Dusuki sindir Mujahid, kalah pilihan raya lagi menyayat hati
- Penahanan ‘Rasul Melayu’ sah, rayuan JAIS dibenar
- DAP kena gugurkan agenda Negara Sekular, slogan Malaysian Malaysia – Nur Jazlan
- Angkat kaki, ‘goodbye’ – Puteri Sarah
- Intan Najuwa kahwin kerana duit
- Dibelasah lima lelaki selepas terlibat kemalangan
- PAS guna agenda pecah dan perintah – Khairuddin
- Imam Mustaqim diburu polis
- Halal bagi PAS, haram bagi yang lain
- Razali, PAS diberi 24 jam mohon maaf, tarik semula dakwaan
- Anggota polis bantuan ditemui maut dengan kesan tembakan dalam ruang rehat KKIA
- Orang ramai kecam calon parti cetak nama atas sejadah
- Muslihat hidupkan semula ‘Muafakat Nasional’, UMNO tidak akan makan ‘umpan’ PAS – Zahid
- Andrie Ung akui bertanggungjawab bawa pelajar tahfiz, Kerajaan dan KFC tidak terlibat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta