Ibadah ini akan membuat anda sentiasa awet muda, tenang dan bercahaya
Ibadah ini akan membuat anda sentiasa awet muda, tenang dan bercahaya
Terpancarnya air muka yang tampak tenang, bercahaya dan bersih, bukan ciptaan manusia. Sebaliknya ia adalah anugerah yang lahir daripada amalan dan keikhlasan di hati. Hari ini, kemajuan teknologi ciptaan manusia juga gagal untuk menandingi anugerah Allah.
Lihat sahaja, berapa banyak pembedahan plastik yang menjadi kegilaan manusia hari ini, akhirnya menampakkan ‘kecacatan’. Cantik yang dicari, akhirnya hodoh yang dapat. Bukan lagi kebahagiaan sebaliknya kesengsaraan.
Teringat satu kisah yang pernah berlaku di negara Winter Sonata. Pasangan selebriti yang berkahwin akhirnya bercerai gara-gara wajah anak yang dilahirkan, tidak secantik ibu dan setampan ayah yang telah pun melakukan pembedahan plastik. Realiti yang sukar untuk diterima!
Ternyata, air muka yang tenang harus kembali melihat, banyak mana amal kebaikan yang dilakukan. Tidak kurang juga ia terpancar daripada amalan sujud yang banyak kepada Allah. Tak percaya? Kembali lihat firman Allah surah al-Fath: 29,
“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurnia Allah dan keredaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka daripada bekas sujud…..”
Di dalam kitab tafsir karangan Ibn Kathir pula menyatakan, bekas sujud yang dinyatakan dalam ayat tersebut menurut Rasulullah s.a.w,
“Tanda-tanda yang tampak di muka mereka adalah tanda-tanda yang baik.” (HR Bukhari).
Ibnu Kathir juga mencatat, para mujahid lain ada menyatakan, tanda yang disebut Allah itu maksudnya khusyuk dan tawaduk serta kebaikan itu memiliki cahaya di hati dan wajah, keluasan dalam rezeki dan kecintaan di hati orang. Amirul Mukminin, Uthman bin Affan r.a. juga pernah berkata,
“Tidaklah seseorang menyembunyikan rahsia, melainkan Allah menampakkannya melalui roman mukanya dan kekeliruan-kekeliruan lisannya.”
Dua cahaya yang memancar
Inginkan awet muda? Tak perlulah berbelanja besar tapi hasilnya belum tentu. Tapi bagi mereka yang berminat, di sini diberikan satu ‘produk’ yang percuma! Cepat! Sebelum hayat anda dikembalikan kepada Sang Pencipta.
Nak tahu? Sujudlah! Itulah ‘produk’ yang ramai terlepas pandang walhal untuk melakukannya tidak memerlukan belanja yang besar. Cukup dengan ikut jadual yang ditetapkan 5 kali waktu sehari dengan 42 kali sujud! Mudah bukan? Ternyata firman Allah dalam surah al-Fath ada jalannya. Dan cuma perlu usaha untuk mendapatkannya.
Berbicara soal wajah yang bersinar lantaran banyaknya amalan sujud yang dilakukan, Imam Muda Asyraf, juga pengasas Rumah Fikir menjelaskan, tanda sujud yang ternampak di wajah yang disebut dalam surah tersebut boleh dijelaskan dalam dua keadaan. Pertama, cahaya ketika di dunia dan kedua dianugerahkan ketika di akhirat kelak.
Memetik pandangan Imam Fakhruddin al-Razi, Asyraf menjelaskan, cahaya di akhirat jelas dinyatakan dalam firman Allah dalam surah Ali Imran: 106,
“Di hari yang Allah memutihkan dan menggelapkan wajah” juga daripada surah ‘Abasa ayat 38
“Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri”.
Itu sebagai bukti setiap hamba-Nya akan berbeza wajah ketika dibangkitkan di akhirat berdasarkan kepada amalan di dunia.
Manakala pendapat kedua ialah tanda sujud yang dizahirkan di dunia lagi. Ujar Asyraf, satu tanda yang Allah zahirkan di wajah orang yang bersujud ialah pandangan wajahnya yang bercahaya, kelihatan tenang dan menyenangkan orang yang memandang.
Tanda inilah yang sering disebut oleh para sahabat sebagaimana yang terdapat pada wajah Baginda s.a.w. Daripada Jabir r.a meriwayatkan,
“Suatu ketika pada malam bulan mengambang,saya sedang melihat kepada wajah Baginda. Ketika itu Baginda memakai sepasang pakaian merah. Seketika saya memandang kepada bulan dan seketika saya memandang kepada Rasulullah. Akhirnya saya membuat keputusan bahawa Rasulullah lebih tampan, menawan dan bercahaya daripada bulan.”
Selain itu, dalam tafsiran Imam Fakhruddin al-Razi juga menyebut mengenai tanda hitam di dahi. Jelas Asyraf, perlu juga diingat ada sebahagiannya memang hitam kerana banyaknya sujud, namun banyak sujud belum tentu diterima solatnya.
Manakala ada yang hitam atas sebab-sebab lain. Jadi secara umumnya, tanda hitam di dahi boleh membawa erti tanda sujud yang banyak dan lainnya. Jika tanda sujud itu diiringi dengan sifat-sifat mahmudah dirinya dan wajahnya yang menepati ciri pertama di atas, lalu ia berkemungkinan besar tanda yang benar.
Asyraf menyimpulkan, kedua-dua keadaan seperti di atas boleh berlaku. Cahaya yang terpancar di wajah ketika di akhirat itu adalah sudah pasti terhadap hamba Allah yang beriman, namun tanda itu juga mungkin anugerah diberikan oleh Allah di dunia lagi.
Sudah tentu wajah orang yang beriman berbeza dengan wajah si pelaku maksiat, orang yang meninggalkan solat, pelaku dosa yang kelihatan gelap walaupun wajahnya berkulit cerah. Itulah kesan hebatnya orang yang bersolat dan sujud kepada Allah.
Banyak firman Allah yang menegaskan akan perkara ini. Antaranya,
“Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri..” (al-Qiyamah: 22).
“Maka Tuhan memelihara mereka daripada kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati.” (al-Insan:11).
“Kamu dapat mengetahui daripada wajah mereka kesenangan mereka yang penuh kenikmatan.” (al-Muthaffifin: 24).
Ibadah ini akan membuat anda sentiasa awet muda, tenang dan bercahaya
Ibadah ini akan membuat anda sentiasa awet muda, tenang dan bercahaya
Baca Artikel Menarik:
- Zahid dah serik dengan PAS
- Aksi Panas Kak KM Buat Netizen Tak Senang Duduk
- Watie Hanifiah peserta tertua kursus perkahwinan
- Pulau Pinang milik Kedah? Anwar bidas Sanusi tak faham perlembagaan
- Jom boikot jam Swatch
- Fasha, padam gambar Kazar – Netizen
- Bikini Leona jadi bualan, Azhar Sulaiman masuk komen
- Anak saya kena 50 jahitan di muka – Bapa mangsa buli
- Ingatkan Tunku Azizah tadi
- Anwar tak mau jumpa – Sanusi
- ‘Ustaz Adam’ dah berubah’ siap tunjuk jari tengah (Video)
- Kelibat putih di katil hospital
- Lelaki solat di pekarangan gereja cetus kekecohan
- Hantu buka pintu kepada penyiasat paranormal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen balun Jabatan Perdana Menteri, tak tahu beza antara padi dan gandum