Malaysia kedua di dunia paling ‘ketagih’ media sosial

Malaysia kedua di dunia paling ‘ketagih’ media sosial

WASHINGTON – Satu kajian mendapati Malaysia berada di tempat kedua bagi negara yang paling banyak menggunakan platform media sosial di dunia, dengan berkongsi kedudukan di samping rakan serantau, Filipina, lapor laman berita Wion News.

Kajian dilakukan syarikat pembekal proksi, Proxyrack itu turut mendedahkan negara ini berada di tempat ketiga dari segi negara yang mempunyai keterhubungan paling meluas dengan hampir 97 peratus daripada populasinya menggunakan internet.

Tempat pertama bagi negara yang paling banyak menggunakan platform media sosial adalah milik Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang mencatatkan skor 9.55 daripada 10.

Malaysia dan Filipina berada di tempat kedua dengan merekodkan skor sebanyak 8.75, diikuti dengan Arab Saudi (8.41), Singapura (7.96), Vietnam (7.62), Brazil (7.62), Thailand (7.61), Indonesia (7.5) dan Hong Kong (7.27).

“Dengan mencatatkan skor yang hampir sempurna, UAE berada pada kedudukan teratas dan digelar ‘pusat tumpuan media sosial dunia’.

“Penduduk UAE secara purata mempunyai sebanyak 8.2 platform media sosial, yang merupakan kedudukan ketiga di dunia selain mencatatkan peratusan tertinggi bagi individu yang mempunyai akaun Facebook iaitu 100 peratus,” kata Proxyrack dalam laporan tersebut.

Bagi Malaysia, secara purata rakyatnya menggunakan lapan platform media sosial.

UAE berada pada kedudukan utama pada hampir semua kategori laporan tersebut, yang menganalisis beberapa faktor seperti penggunaan internet, platform media sosial, langganan jalur lebar tetap, langganan telefon mudah alih serta peratusan populasi yang menggunakan internet.

“UAE bagaimanapun mempunyai perkhidmatan internet paling mahal di dunia iaitu lebih AS$100 (RM445.29),” kata laporan yang sama.

Ini diikuti dengan Arab Saudi (AS$72 atau RM320.60) dan Amerika Syarikat (AS$70 atau RM311.70) di tiga kedudukan teratas.

Sementara itu, laporan tersebut turut mendapati penduduk Afrika Selatan menghabiskan masa paling banyak menggunakan internet dalam sehari iaitu 9 jam dan 38 minit, diikuti dengan Brazil (9 jam dan 32 minit) serta Filipina (9 jam dan 14 minit).

Rakyat Malaysia pula memperuntukkan kira-kira 8 jam dan 6 minit sehari untuk menggunakan internet.

Dalam pada itu, bagi kategori akses internet terbaik, Korea Selatan berada di kedudukan pertama dengan mencatatkan skor 8.52 serta hampir 98 peratus populasinya menggunakan internet yang ditawarkan pada harga purata AS$21 (RM93.50).

Ini diikuti dengan Hong Kong (skor 7.9), Denmark (skor 7.22), UAE (skor 6.59) dan Malaysia (skor 6.19) di lima kedudukan teratas.

Menurut pakar-pakar, negara-negara seluruh dunia menyaksikan peningkatan penggunaan internet selepas pandemik Covid-19.

Ini dipacu oleh trend perniagaan dan individu yang terpaksa berjual beli secara online ketika pandemik, yang akhirnya menjadi kebiasaan setiap orang sehingga kini. K Online

Malaysia kedua di dunia paling ‘ketagih’ media sosial

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)

Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar

Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun

Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker