Filem Mentega Terbang provokasi terhadap Islam, Putra lapor polis

Filem Mentega Terbang provokasi terhadap Islam, Putra lapor polis

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) hari ini membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi terhadap produksi filem Mentega Terbang yang didakwa boleh memesong dan mencabar akidah umat Islam.

Ketua Penerangan Putra, Mohamad Shahrulufti Mohamad Sharif mendesak polis merujuk ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan serta Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk menyiasat filem terbabit sekiranya terdapat unsur-unsur bertentangan agama.

“Tindakan selanjutnya adalah dengan segera menasihat Kementerian Dalam Negeri untuk mengharamkan tayangan filem itu selepas mendapat nasihat dari Jakim atau Majlis Agama Islam.

“Ini kerana filem itu cukup berbahaya kepada anak-anak muda khususnya yang belum memahami ajaran Islam sepenuhnya.

“Filem tersebut jelas satu provokasi terhadap Islam agama Persekutuan yang meletakkan Islam sama dengan agama-agama lain,” katanya dalam kenyataan.

Mentega Terbang sebuah filem Indie pertama ditayangkan di platform penstriman Viu atau aplikasi mobile secara percuma. Filem itu ditayangkan pada 19 Januari lalu.

Malaysiakini sudah menghubungi polis Daerah Dang Wangi untuk pengesahan lanjut berkenaan laporan yang dibuat itu.

Portal itu juga sedang cuba mendapatkan maklum balas produksi filem berkenaan.

Menurut laman data perfilem IMDB, Mentega Terbang mengisahkan pencarian seorang remaja terhadap apakah yang akan berlaku selepas seseorang itu meninggal dunia.

Berdasarkan treler, terdapat adegan remaja itu membaca Bible. Terdapat juga gambaran dan dialog berkaitan rumah ibadat pelbagai agama.

Filem terbitan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment itu diarahkan oleh Khairi Anwar dan dilapor telah ditayangkan secara ‘underground’ sejak 2021.

Pengarah Urusan MyContent Distribution Lyn Nasihin minggu lepas berkata, dengan genre berbeza, penonton akan melihat sisi lain dunia pengarahan produksi indie.

Filem itu pernah ditayangkan di Festival Filem Jogja-NETPAC Indonesia 2021 dan menjadi filem penutup untuk Festival Filem Aceh 2022.

Laporan media berbahasa Inggeris menyebut Mentega Terbang berhasrat menyediakan ruang untuk penonton mempersoalkan kepercayaan masing-masing tanpa rasa takut dihakimi atau dibenci. mk

Filem Mentega Terbang provokasi terhadap Islam, Putra lapor polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker