Dakwaan rasuah Wan Saiful, Muhyiddin terima perletakkan jawatan
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengesahkan peletakan jawatan Wan Saiful Wan Jan sebagai ketua penerangan parti itu berkuat kuasa hari ini.
Ia selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu mengumumkan keputusannya untuk mengundur diri daripada jawatan tersebut.
“Saya dah jumpa dengan Wan Saiful – YB Tasek Gelugor pagi tadi dan lepas kita berbincang, dia setuju untuk letak jawatan sebagai ketua penerangan Bersatu berkuat kuasa hari ini.
“Ini bukan kerana kita kata dia sudah bersalah tapi tetapkan satu standard yang kita nak tunjukkan kerana berhadapan dengan tuduhan supaya tak timbulkan apa-apa salah pandangan terhadap Bersatu,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Dia berkata demikian sewaktu majlis pelancaran misi dan dana bantuan ahli parlimen PN untuk mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.
Turut hadir Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dan pemimpin-pemimpin PAS.
Semalam Wan Saiful mengumumkan cadangannya untuk melepaskan jawatan tersebut selepas berdepan dua pertuduhan mahkamah membabitkan dakwaan rasuah sebanyak RM6.9 juta semalam.
Muhyiddin yang juga pengerusi PN berkata keputusan Wan Saiful itu adalah tindakan yang bermaruah dan dihargainya.
Menurut Muhyiddin lagi, dengan peletakan jawatan Wan Saiful itu tugas penerangan parti – yang penting menjelang PRN tidak lama lagi – akan digalas oleh pemimpin lain.
Katanya pengganti Wan Saiful akan dilantik secepat mungkin.
“Jadi orang itu akan meneruskan kerja-kerja baik yang telahpun dibuat oleh YB Datuk Wan Saiful,” katanya.
Dia juga berharap langkah diambil Bersatu itu dapat mengelak sebarang tanggapan negatif terhadap parti.
“Jadi ia (peletakan jawatan) sikap yang cukup mulia, supaya dengan langkah ini kita dapat berhadapan dengan rakyat atas dasar yang bermaruah.
“Ini bukan menghukum tapi sukarela yang saya rasa sangat bermaruah,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zarina, Khazrul gaduh kerana pagar RM100,000
- Netflix turunkan harga langganan
- Tiga jawatan Naib Presiden UMNO masih kosong
- Adam Radlan didakwa minta, terima rasuah 3.5 hingga 7 peratus nilai projek
- Muhyiddin dakwa Zahid dalangi pendakwaan
- Wan Saiful minta dibicarakan dakwaan terima rasuah RM7 juta berkait Jana Wibawa
- Saya tak rujuk Zahid pun nak bertanding Ketua Wanita – Shahrizat
- Penghuni terkejut serpihan meteorit jatuh di balkoni rumah
- PAS Marang serah replika pedang, berkait perarakan HIMPIT kepada polis
- Beberapa SST Jana Wibawa libat ahli keluarga pemimpin politik
- Rumah PM dimasuki ular tedung hitam
- Dahlia Rizal Dakwa Diusik Pihak Polis
- Tuan Ibrahim dakwa BN ‘tiada reda’ Allah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.