Lelaki pukul wanita dengan topi keledar

Lelaki pukul wanita dengan topi keledar

Gua Musang: Polis belum menerima sebarang laporan berkaitan video tular seorang lelaki memukul wanita yang dipercayai berlaku di Paloh 2, di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan dibuat berhubung insiden itu.

“Hasil siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku pada Khamis lalu di Jalan Kota Bharu ke Gua Musang dekat Paloh 2, di sini. Namun, tidak dapat dipastikan masa dan tarikh kejadian.

“Oleh itu, semua Ketua Polis Balai diarah untuk mengesan suspek berdasarkan individu dan tempat kejadian berlaku.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu tular rakaman video berdurasi 1 minit 47 saat di media sosial sejak Khamis lalu menunjukkan lelaki tidak dapat mengawal kemarahan dengan menampar muka, menolak sebelum memukul kepala seorang wanita menggunakan topi keledar.

Wanita berkenaan dilihat hanya menahan kesakitan serta tidak melawan. HM

Lelaki pukul wanita dengan topi keledar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker