Polis Johor rampas arak tidak dibayar cukai bernilai lebih RM500,000
Polis Johor rampas arak tidak dibayar cukai bernilai lebih RM500,000
MUAR: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mendalangi kegiatan memproses dan jual arak tidak bercukai bernilai lebih RM500,000 selepas menyerbu tiga lokasi di Bukit Pasir, di sini, semalam.
Suspek berusia 39 tahun ditahan selepas sepasukan polis dari Batalion Ke-5 Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu premis terbabit pada jam 6.45 petang.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata penahanan suspek dibuat hasil intipan dan maklumat yang diterima.
Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis merampas 134 bungkusan arak, dua tong pati arak serta dua buah lori dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM544,227.
“Siasatan awal mendapati suspek menjalankan kegiatan memproses arak yang kemudian dijual di pasaran ditetapkan.
“Suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan.
Polis Johor rampas arak tidak dibayar cukai bernilai lebih RM500,000
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat
- Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
You must be logged in to post a comment.