Bekas remisier didakwa tipu anak mantan menteri

Bekas remisier didakwa tipu anak mantan menteri

Bekas remisier didakwa tipu anak mantan menteri
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang bekas remisier dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menipu anak mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf pada tahun lalu.

Tertuduh, Ali Imran Mohamad, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Hamidah Mohamed Deril.

Perbuatan itu didakwa mendorong mangsa menyerahkan wang berkenaan kepada tertuduh melalui akaun bank atas nama sebuah syarikat milik ibu mentua tertuduh.

Tertuduh didakwa telah menggunakan RM655,440 daripada wang itu untuk kepentingan peribadi dan hanya memulangkan RM244,560 kepada Raja Hamzah Abidin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Di Canaikan Sistem Pendidikan Negara



Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Dataran Maybank, Jalan Maarof, Bangsar di sini, pada 18 Julai 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun serta sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, M Saravanan, menawarkan ikat jamin RM70,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun peguam, J Joel Ruben yang mewakili tertuduh, memohon ikat jamin dikurangkan atas alasan anak guamnya kini tidak bekerja serta perlu menanggung keluarga, termasuk isterinya yang sedang mengandung anak kedua.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, dan menetapkan tarikh 6 Februari tahun depan untuk sebutan kes.

Bekas remisier didakwa tipu anak mantan menteri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker