Balik undi, trafik lebuh raya utama negara mulai sesak
#PRU15
Balik undi, trafik lebuh raya utama
negara mulai sesak
Aliran trafik di lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan berikutan pertambahan bilangan kenderaan yang bergerak menuju ke destinasi pengundian sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Sabtu ini.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, kesesakan ketara petang tadi dilaporkan berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hala utara iaitu dari Sungai Buloh ke Rawang iaitu sepanjang 10 kilometer (km), Tanjung Malim ke Behrang, Sungkai ke Bidor, Tapah ke Gopeng dan Juru Auto City ke Perai.
Laluan menghala ke Pantai Timur pula dilaporkan sesak bermula dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah sejauh 19km, Bukit Tinggi ke Lentang dan keadaan trafik sama turut dilaporkan berlaku selepas Bentong Timur ke Karak.
Laluan menghala ke selatan iaitu dari Nilai ke Bandar Ainsdale pula trafik dilaporkan perlahan kerana berlakunya kemalangan di KM 269.0,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Tinjauan di Plaza Tol Gombak, Jalan Duta dan Sungai Besi menghala keluar dari ibu negara mendapati jumlah kenderaan semakin meningkat menyebabkan trafik bergerak perlahan.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter melalui www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter www.twitter.com/llminfotrafik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin lalu mengumumkan hari kelepasan am pada 18 dan 19 November bagi memudahkan rakyat menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRU15. BH
Balik undi, trafik lebuh raya utama negara mulai sesak
Baca Artikel Menarik:
- Tengku Zafrul kesian pada Rafizi, surat kelulusan berunding dengan lulus projek pun tak faham
- Lelaki didakwa 16 pertuduhan rogol tiga anak tiri
- MYAirline dapat lesen mulakan khidmat penerbangan
- Bukan semua profesor sokong Anwar – Ismail
- Dakwaan sabotaj Tok Mat – Khairy akan buat laporan polis, SKMM
- Penuntut IPT dicekup berkhalwat, alasan buat assignment
- Firma Fitch Solutions ramal BN menang PRU15 kerana ini…
- Tanpa IC boleh mengundi, ini 5 dokumen lain boleh digunakan
- Jangan beli kereta, TV tahun hadapan – Jeff Bezos
- Ada asas siasat perbelanjaan RM500 bilion PN
- Anwar gelar Razman bodoh
- 17 tahun sangka anak mati, rupanya dibawa lari oleh saudara sendiri/a>
- Khalid ibarat ‘najis’ di Titiwangsa
- Anwar bengang Muhyiddin sikit-sikit nak bersumpah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Zuraida Macam Acik Jual Jeruk, Netizen Riuh (Video)
Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit