Muhyiddin cuba aib Ismail – Zahid

Muhyiddin cuba aib Ismail – Zahid

Muhyiddin Yassin berada dalam penafian susulan tindakannya sendiri mencetuskan isu ketidakpercayaan terhadap kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob selepas 12 menteri Perikatan Nasional (PN) mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, berkata Ismail boleh sahaja memecat kesemua menteri terlibat kerana membantah pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini, berbanding dibawa dalam mesyuarat Kabinet, namun ia akan membawa krisis lebih besar, parah dan memalukan pentadbiran negara.

“Maka, jalan terbaik untuk berdepan dengan karenah ahli Kabinet tidak berdisiplin ini ialah PM pergi menghadap Yang di-Pertuan Agong dan memohon perkenan baginda untuk membubarkan Parlimen,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, tindakan 12 menteri itu menyerlahkan niat jahat “musuh BN” untuk mengaibkan perdana menteri dari gabungan berkenaan.

“…mengutuskan warkah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong jelas membelakangkan institusi perdana menteri lantikan Baginda Yang di-Pertuan Agong dan mengikis semangat solidariti dalam pentadbiran kerajaan yang menyebabkan baginda menzahirkan kekecewaan terhadap perkembangan politik semasa tanah air,” katanya.

Zahid ketika mengulas lanjut, berkata Muhyiddin juga menuntut jawatan timbalan perdana menteri walaupun Bersatu sudah memegang jawatan menteri kanan, menteri dan jawatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Katanya, pengerusi PN itu juga pernah mengancam untuk ‘menekan butang’ menarik sokongan terhadap kepimpinan Ismail.

“Selaku pengerusi Majlis Pemulihan Negara menyatakan perdana menteri gagal menguruskan negara dan ekonomi dengan baik, sedangkan beliau sendiri merupakan pengerusi, pemimpin Bersatu sendiri menteri hal ehwal ekonomi. Malah, Muhyiddin menyarankan agar Parlimen dibubarkan atas kegagalan tersebut,” katanya.

Zahid berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin yang menafikan kenyataan Ismail bahawa beliau bersama 12 menteri PN menjejaskan keharmonian Jemaah Menteri sehingga menyebabkan kerajaan tidak dapat dipertahankan dan memaksanya membubarkan Parlimen.

Semalam, Muhyiddin berkata adalah “tidak bertanggungjawab” untuk perdana menteri menyalahkan beliau dan menteri dari PN kerana mengakibatkan kerajaan tidak dapat dipertahankan dan memaksa Ismail membubarkan Parlimen.

Katanya, Ismail menuding jari itu kepada PN kerana BN dan Umno sedang menghadapi serangan teruk daripada orang ramai kerana pilihan raya umum akan diadakan ketika musim banjir.

“Tetapi mereka tidak boleh menyalahkan sesiapa. Mereka sendiri perlu bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita di Sabah. FMT

Muhyiddin cuba aib Ismail – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]

Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun

Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker