Mahathir bertanding lagi kerana gagal lahirkan pengganti
Mukhriz tiada aura langsung
Mahathir bertanding lagi kerana gagal lahirkan pengganti
Tindakan Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding sekali lagi dalam pilihan raya umum (PRU15) pada usia melewati 100 tahun menunjukkan bekas perdana menteri itu gagal melahirkan “protégé” untuk mewarisi aura kepimpinannya, kata penganalisis politik.
Felo Majlis Profesor, Jeniri Amir mengibaratkan “kasut yang ditinggalkan oleh Mahathir” terlalu besar sehingga sukar untuk diisi oleh mana-mana pemimpin, waima anaknya sendiri, Mukhriz Mahathir.
Oleh demikian, katanya, sukar untuk Gerakan Tanah Air (GTA), gabungan yang dipimpin oleh Mahathir sendiri untuk bergerak ke depan, dalam menarik penyokong dan pengundi.
“Jenama Mahathir belum lagi dapat digantikan oleh pemimpin lain yang ada daya tarikan besi berani politik yang kuat. Mukhriz terlalu jauh, dia bukan dalam liga sama dengan Mahathir.
“Kasut yang ditinggalkan oleh Mahathir terlalu besar untuk diisi oleh Mukhriz, apatah lagi pemimpin lain yang tiada nama,” katanya.
Jeniri berkata, diketahui Mahathir mempunyai daya penarik umpama besi berani, namun kuasanya sudah semakin pudar dan tidak mampu membawa GTA ke peringkat lebih tinggi, walaupun beliau menang di Langkawi.
“Ya, Mahathir boleh menang di Langkawi tetapi GTA tidak (mampu pergi jauh) kerana ia hanya satu gerakan, bukan parti yang ada pengaruh… ia hanya kumpulan NGO dan parti politik kecil.
“Pejuang dan GTA hanya menenggek atas nama Mahathir, tidak mustahil PRU15 akan mengulangi nasib sama seperti di PRN Johor,” katanya yang yakin sebahagian besar calon GTA akan kalah dan hilang deposit pada PRU15.
Semalam, Mahathir yang juga pengerusi Pejuang berkata beliau akan mempertahankan Parlimen Langkawi pada PRU15, dan mempertaruhkan lebih 120 calon mewakili gabungan GTA. Bekas perdana menteri itu memenangi kerusi Parlimen tersebut pada PRU14 pada 2018 di bawah Pakatan Harapan.
Pada 8 Mac lalu, Mahathir berkata beliau kekal dengan pendirian untuk tidak bertanding pada PRU15 berikutan faktor usia dan tahap kesihatannya yang belum pulih, selain memberi laluan kepada calon lebih muda.
Bagaimanapun, pada 30 Jun, Mahathir membuat pusingan U dengan menyatakan beliau sedia mempertahankan kerusi Langkawi sekiranya Pejuang tidak memiliki calon lain untuk bertanding di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata hasrat Mahathir untuk bertanding sekali lagi pada PRU15 berkemungkinan pemimpin veteran itu sudah membaca tiada parti dominan mampu membentuk kerajaan sendiri.
“Bila tiada parti dominan, gabungan terpaksa dilakukan dan Mahathir membacanya sukar untuk dapatkan persetujuan calon perdana menteri, sebab itu beliau bertanding di Langkawi dan menawarkan diri menjadi perdana menteri sekali lagi,” katanya. FMT
Mahathir bertanding lagi kerana gagal lahirkan pengganti
Baca Artikel Menarik:
- Kata kerajaan pintu belakang, tapi tak mahu PRU
- Mahathir akan pertahan Parlimen Langkawi
- IMF, Bank Dunia ulangi amaran kemelesetan global tahun depan
- Wanita Indonesia mati tertembak lebih 100 peluru di Texas
- Gelombang keyakinan terhadap UMNO-BN kian ketara – Razlan Rafii
- Pembiayaan ASB/-i, Maybank bantu Bumiputera melabur
- PRU15: PAS, Umno dijangka bertembung di 27 kerusi
- Muhyiddin ‘poster boy’ PN untuk PRU15
- Nizar diramal jadi calon di Pekan
- Ini semua salah lanun bola – TMJ
- Campur tangan lantikan hakim, wajarkah Mahathir disiasat?
- Pakat keluar parti, Bersatu tiada masa depan
- Lelaki maut ikut GPS pandu kereta lintas jambatan rosak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]
Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun