MN Plus tidak perlu diungkit, sudah berlalu selepas PN wujud

KOTA TINGGI – Cadangan untuk mewujudkan Muafakat Nasional ( MN) Plus tidak perlu diungkit kerana ia sudah lama berlalu sebaik sahaja Perikatan Nasional (PN) didaftarkan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara itu seharusnya tidak diungkit Presiden Parti Pribumi Bersatu ( Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana ia sudah lebih setahun berlalu.

“Saya fikir perkara itu sudah lepas dan sudah lebih setahun. Ketika itu memang betul ada cadangan MN Plus dengan Bersatu.

“Tetapi ia sudah lepas, sebaik sahaja PN didaftarkan. Perkara yang sudah lepas dan benda itu (MN Plus) terhenti di situ,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Luar Bandar di Dewan Kejora Bandar Penawar pada Ahad.

Pada Sabtu ketika majlis pelancaran Perikatan Nasional (PN) Terengganu, Muhyiddin mendakwa UMNO yang membuat keputusan menolak Bersatu dan Pas daripada menyertai MN.

Presiden PN itu yakin sekiranya kerjasama parti Melayu Islam (BN, Bersatu dan Pas) dalam MN benar-benar terjalin, kemenangan selesa lebih dua pertiga boleh dicapai pada PRU15.

Mengulas lanjut, Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, UMNO dan Barisan Nasional ( BN) akan bergerak solo berdepan PRU15 namun terserah kepada pucuk pimpinan untuk memutuskan jika sebaliknya yang berlaku.

“Pandangan peribadi saya, setakat ini BN dalam perkiraan PRU15 ini atas sifat solo, bagaimanapun ia terpulang kepada keputusan parti membuat keputusan muktamad.

“Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pengerusi PN) itu tak perlu diungkit semula. Politik ini dinamik apabila benda sudah lepas macam itu, bila nak patah balik ini, ia lambat nak jadi,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker