Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Hujung minggu nanti apa kata jom masak menu istimewa untuk seisi keluarga seperti resipi bihun soto ini.

Tengok gambar saja pun dah nampak menyelerakan, belum makan lagi ni. Confirm menambah!

Kalau ada nak cuba buat nanti, ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Cikgu Afy Al Habibi di bawah.

RESEPI KUAH SUP

Bahan-bahan:

3 sekawan
Sebatang serai yang diketuk
1/2 biji bawang besar kuning
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
3 sudu rempah sup Baba’s
Air
Beberapa ketul ayam tulang dan isi
1 kiub ayam Knorr
Garam

Cara-cara:

Panaskan sedikit minyak. Masukkan 3 sekawan, serai dan bawang besar kuning.
Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang dikisar.
Kemudian, masukkan 3 sudu rempah sup Baba’s. Tumis sehingga garing.
Masukkan secawan air terlebih dahulu. Kacau bahan tumis dan air menjadi sebati.
Kemudian, masukkan beberapa ketul ayam. Seeloknya campurkan bahagian ayam yang bertulang dan isi dada. Biarkan seketika.
Barulah masukkan air sebanyak 1 jag besar atau ikut banyak mana kuantiti kuah yang diperlukan.
Selepas kuah sup mula mendidih, masukkan 1 kiub ayam Knorr dan garam secukup rasa. Guna api perlahan sahaja.
Nak masukkan bebola daging pun boleh.
Tutup api selepas kuah mendidih beberapa kali. Siap untuk kuah soto yang super sedap!

RESEPI BEGEDIL DAGING

Bahan-bahan:

4 genggam ‘fries’ / 6 biji ubi kentang
100 gram daging yang telah direbus (dileraikan)
3 biji bebola daging Azmy direbus terlebih dahulu (dipotong kiub/tumbuk)
1/4 biji cili benggala merah (diracik)
1/4 biji cili benggala hijau (diracik)
1/4 biji cili benggala kuning (diracik)
2 inci carrot (dipotong kiub)
4 tangkai daun sup+bawang (dihiris halus)
2 genggam bawang goreng

Cara-cara:

Tumbuk kentang sehingga hancur lumat.
Satukan semua bahan tadi dalam satu bekas bersama kentang yang telah ditumbuk tadi.
Peraskan dengan 1/2 sudu besar serbuk lada sulah, secubit dua perasa knorr dan secubit serbuk lada hitam. Gaul rata.
Pecahkan dua biji telur bersama bahan tadi. Gaul rata.
Bulatkan begedil mengikut saiz yang disukai, padatkan.
Dalam mangkuk lain, pecahkan 2 biji telur dan kacau.
Celup begedil yang dibulatkan tadi sepenuhnya dalam bancuhan telur.
Goreng dalam minyak panas. Angkat setelah kuning keemasan.

RESEPI IBU SAMBAL KICAP AWESOME

Bahan-bahan:

2 genggam cili padi hijau
5 ulas bawang putih
Kicap Jalen lemak manis
2 sudu kicap pekat
2 sudu kicap cair

Cara-cara:

Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama, goreng seketika dua bahan ini.
Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
Tambahkan kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
Tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk warna yang cantik.
Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa . Tambahkan juga secubit garam jika perlu.
Kisar sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
Jangan lupa bahan pelengkap semua ni:

Sambal kicap meletopss
Bawang goreng
Suhun goreng
Serbuk lada sulah siam

Rahsia penting cikgu nak bagitahu tadi. Cikgu tak guna daun sup. Sebaliknya cikgu ganti dengan daun ketumbar. Daun bawang sekali. Wahhh rasa sup lagi naik. Tak caya cubalah buat nanti. Sedapp sungguh jadinya.

Tips Taugeh dan sawi jadi rangup:

Selepas dicelur seketika, rendam dalam air sejuk peti@ais sekejap untuk mematikan haba yang berbaki. Barulah toskan. Hasilnya nampak kan segar je sayur.

Ada bahan-bahan di bawah makinlah bertambah kesedapan soto kita nanti:

Fishcake
Fishball putih & kuning
Tauhu pok
Selamat mencuba!

Kredit: Afy Al Habibi

Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tang Mana Wanita Melayu Sampai Terkangkang Depan Juri (Video)

Bapa polis anak makan tisu, mengarut betul AC Mizal – Netizen

Samseng jalanan dicekup acu pisau kepada pemandu lori

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker