Pilihanraya Umum ke-15: Ini 25 ujian sebenar
PILIHAN raya umum (PRU) di Malaysia menjadi tarikan mengikut musim. Sejak Barisan Nasional (BN) tumpas kepada Pakatan Harapan (PH) pada PRU 2018, tarikh PRU menjadi tumpuan.
Apakah ujian sebenar PRU15 nanti?
Rata-rata kehangatannya terasa apabila masuk tahun keempat kerana kebanyakan PRU sejak merdeka diadakan seawal empat tahun, misalnya PRU tahun 1978, 1982, 1986, 1990, 1999 dan 2008.
PRU 1964, 1969, 1974, 1995, 2004, 2013 dan 2018 diadakan sama ada hampir atau genap lima tahun tempoh masa PRU.
Apakah ujian sebenar PRU khususnya PRU15?
Pertama, ia adalah PRU yang akan menjadi tumpuan BN bagi mendapatkan mandat semula daripada rakyat seperti ‘singa luka berdarah’.
Kedua, ia adalah PRU menguji kekuatan parti pembangkang, sama ada bersetuju menggunakan logo sama dan menamakan calon Perdana Menteri mereka sebagai ‘harimau cedera’ yang kehilangan sokongan selepas Langkah Sheraton 2020.
Ketiga, adakah PRU itu akan menguji nilai emosi dan kempen keterlaluan sekali lagi dalam kalangan pengundi sehingga protes tidak keluar undi kerana rasa mual dan kecewa dengan tindakan serta gerak balas politik sepanjang 2018 hingga 2022.
Keempat, apakah kempen asalkan bukan UMNO atau BN pembangkang masih relevan kerana kehadiran gabungan pembangkang besar membentuk kerjasama hanya ketika PRU?
Kelima, lapan menteri dan 19 timbalan menteri berserta hampir kesemua menteri besar kecundang kecuali di Negeri Sembilan (menang tanpa bertanding sebelum ke mahkamah), Perlis dan Pahang pada 2018, bagaimana pada PRU15?
Keenam, di mana-mana PRU, isu, calon atau parti mendominasi tetapi pada PRU 2018, isu dianggap menjadi tarikan sehingga BN menyatakan wujudnya penyelewengan fakta.
Ketujuh, di manakah kedudukan 56 kerusi negeri Borneo (25 Sabah dan 31 Sarawak), apakah ia akan menjadi penentu pembentukan kerajaan nanti?
Kelapan, PH menang 39 kerusi bandar berbanding Pas dua kerusi dan BN hanya satu kerusi. Kerusi separa bandar melihat PH menang 45, Pas (empat), Warisan (satu) dan BN (enam). Kerusi luar bandar pula melihat PH menang 29, Pas (12), Warisan (tujuh) dan BN (72). Bagi kerusi Felda, BN hanya menang 27 kerusi, manakala PH (20) dan Pas (lima). Ke manakah aliran kerusi tersebut?
Kesembilan, undi dalam kalangan pengundi Melayu kepada BN adalah 46 peratus, Pas (28 peratus) dan PH (26 peratus), pengundi Cina (2.4 peratus) kepada BN berbanding 93 peratus untuk PH dan pengundi India 26 peratus kepada BN berbanding 63 peratus kepada PH. Unjuran itu akan menjadi indikator kepada pola pengundian bergariskan kepada nilai etnik.
BANYAK LAGI PERSOALAN
Ke-10, apakah yang menjadi keutamaan – penyelesaian isu semasa rakyat atau keabsahan pemimpin, kos sara hidup atau kuasa? Ke-11, dasar yang memerihalkan kerajaan atau parti?
Ke-12, pertembungan antara defisit kepercayaan dan kelesuan politik.
Ke-13, siapa pemimpin atau parti yang diidamkan rakyat?
Ke-14, kesan kepada sindrom ahli politik seleweng kepercayaan rakyat, misalnya lompat parti dan akuan bersumpah.
Ke-15, apakah wujud perpecahan dalam UMNO-BN dan kesan tindakan warlord, kem Putrajaya dan PWTC.
Ke-16, di manakah kerjasama politik pembinaan ‘khemah besar’ atau kekal PH untuk pembangkang?
Ke-17, corak undi #18?
Ke-18, adakah poster boy akan mempengaruhi pola undian?
Ke-19, apakah tema atau manifesto masih diuji? Ke-20, apakah bentuk jentera yang akan digunakan, mikro atau makro?
Ke- 21, pemilihan calon masih menjadi keutamaan, penerimaan yang digugurkan?
Ke-22, keupayaan satu lawan satu sebagaimana tahun 2018?
Ke-23, adakah penghujung kepada Muafakat Nasional secara mutlak?
Ke-24, gelagat pengundi atas pagar dan pengundi tidak berparti?
Ke-25, pengaruh ‘bossku’ dan personaliti lain?
Mampukah kesemua ujian itu memberi mandat besar atau penjajaran baharu serta menentukan hala tuju dan masa depan negara.
Inilah 25 ujian pada PRU15 yang menjadi nota kaki rujukan sehingga hari pengundian.
* Profesor Dr Sivamurugan Pandian ialah profesor di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Suami maut dipercayai dipukul isteri depan anak
- Rizal van Geyzel direman sehari
- Tawar elaun cari calon isteri
- Realiti sebalik isu TPM
- Gaji penjawat awam dan swasta di Malaysia tercorot berbanding negara ASEAN lain
- Isu Intan Najuwa peluk Aliff Aziz di Genting Highlands
- Jalan ‘jem’ kita kena sabar – Mohd Amar (Video)
- Kongress PKR, Kak Wan menangis kerana pengkhianatan
- Memang kenderaan milik PDRM lah…
- Anak ahli politik dipenjara 12 bulan jual jam tangan curi
- Duta Besar ke Indonesia: Tajuddin akur, terima keputusan kerajaan
- Wanita lompat ke dapur McDonald’s untuk sediakan hidangan sendiri
- Pencen untuk bekas tentera, jangan samakan dengan ahli Parlimen – JHEV
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul