Banjir Johor: Empat daerah masih terjejas
JOHOR BAHRU – Keadaan banjir di negeri ini tidak menunjukkan banyak perkembangan apabila seramai 4,274 mangsa masih ditempatkan di 57 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi setakat pukul 4 petang, hari ini.
Jumlah itu hanya berkurangan sedikit berbanding jumlah 4,346 mangsa banjir yang ditempatkan di 58 PPS seperti direkodkan pada pukul 12 tengah hari.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, setakat ini sebanyak empat daerah masih terjejas akibat banjir di Johor.
Katanya, daerah tersebut adalah Segamat, Muar, Tangkak dan Batu Pahat.
“Ketika ini, Segamat kekal menjadi daerah paling teruk terjejas dengan seramai 2,291 mangsa, diikuti Muar (1,115 mangsa), Tangkak (814 mangsa) dan Batu Pahat (54 mangsa).
“Sementara itu, lima PPS yang telah ditutup hari ini adalah PPS Balairaya Kampung Pudu di Segamat dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Serom 8, SK Ledang, SK Simpang Lima Darat dan Sekolah Agama Simpang Lima Darat di Tangkak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Tambah Vidyananthan, terdapat empat sungai yang masih menunjukkan paras bacaan bahaya iaitu di Buloh Kasap, Segamat; Kampung Olak Sepam dan Panchor, Muar serta di Kampung Labong, Mersing.-K! ONLINE
Baca Artikel Menarik:
- Ameera Khan bakal diambil tindakan oleh GSC?
- Notis tukar 24 jam pada SUK Melaka: Perkara biasa, kata KM
- Lancar Tabung Dana Wakaf al-Quran bantu beli 50,000 al-Quran
- Bayi hendak dikebumi didapati masih bernyawa
- Waris minta mahkamah bekukan RM10 juta – Pengetua Tahfiz
- UMNO Kelantan Tidak Pernah ‘Ikat’ Pas – Ketua Pemuda Negeri
- Adakah Azam langgar undang-undang pemilikan saham?
- Zarina Anjoulie kena kecam cium Iqram Dinzly
- Geng Budak Rohingya Dah Diangkut Pihak Berkuasa
- Mayat wanita bertatu bunga ros di punggung disahkan gadis Vietnam
- Lakukan provaksi selepas dikompaun letak motosikal di parkir OKU
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)