Doktor berang dengan SPRM: ‘Jaga tepi kain kamu sendiri’

Doktor berang dengan SPRM: ‘Jaga tepi kain kamu sendiri’

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyelar SPRM kerana mengeluarkan iklan berkaitan doktor yang menjual sijil cuti sakit ketika suruhanjaya antirasuah itu sendiri berdepan persoalan integriti.

Presiden MMA Dr Koh Kar Chai berkata video di media sosial SPRM itu satu penghinaan kepada kesucian dan imej kerjaya perubatan.

“Agensi kerajaan itu patut menggunakan contoh lain untuk menyampaikan mesej mereka.

“Sebagai doktor, kami sangat tersinggung dengan hantaran itu, yang patut diturunkan serta-merta,” kata Koh.

Semalam, pegawai kanan SPRM Shahrum Nizam Baharuddin diheret ke mahkamah atas dakwaan menyeleweng RM25 juta wang tunai yang menjadi bahan bukti kes rasuah.

SPRM juga berdepan kontroversi berkaitan dakwaan ketua pesuruhjayanya Azam Baki memiliki dua juta saham dalam syarikat senaraian awam. Mk

https://twitter.com/SPRMMalaysia/status/1478201333371256833?s=20

Doktor berang dengan SPRM: ‘Jaga tepi kain kamu sendiri’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker