Pelanggan belum tahu motosikal musnah
Pelanggan belum tahu motosikal musnah
Kota Bharu: “Saya buntu memikirkan bagaimana cara untuk memberitahu pelanggan selepas lebih 40 motosikal yang berada dalam bengkel hangus terbakar malam tadi,” kata pemilik bengkel, Wee Jit Hwa, 38.
Bengkel Wee di Jalan Sultanah Zainab di sini antara 10 rumah dan empat lot kedai yang musnah dalam kebakaran pada 7.22 malam tadi.
Katanya, dia masih belum memaklumkan kejadian berlaku kepada pelanggannya, malah terpaksa menanggung kerugian yang dianggarkan lebih RM100,000.
“Ketika kejadian itu, saya tiada di kedai kerana keluar untuk membeli nasi. Saya tidak sempat beli pun (nasi) kerana terima panggilan telefon memaklumkan kebakaran dan bergegas pulang.
“Sebaik tiba, saya tidak boleh menghampiri bengkel kerana api marak dan anggota bomba sedang memadam kebakaran,” katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Pakitan Jalan Sultanah Zainab di sini, hari ini.
Terdahulu, Imam Besar Kelantan Ustaz Muhammad Hana Pizi Abdullah mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyampaikan bantuan kecemasan kepada mangsa kebakaran itu termasuk kepada Wee.
Wee mengaku kejadian itu umpama mimpi ngeri kerana kini dia hilang punca pendapatan dan sukar menyara keluarga.
“Hanya bengkel itu sumber pendapatan saya bagi menyara keluarga sejak dahulu. Saya juga ada seorang anak berusia setahun enam bulan,” katanya.
Seorang lagi mangsa kebakaran, Mariah Osman, 63, berkata, dia bersyukur anaknya, Mohammad Fadzil Alias, 25, yang juga orang kurang upaya (OKU) pembelajaran sempat menyelamatkan diri.
Katanya, ketika kejadian itu anaknya sendirian, manakala dia berniaga kerepek di bandar ini.
“Selepas terima panggilan telefon daripadanya, saya terus bergegas pulang kerana bimbangkan keselamatan Fadzil. Saya bersyukur dia selamat dan ke rumah rakannya di Kampung Lembah Sireh selepas kejadian.
“Tetapi kini saya buntu mencari tempat tinggal baharu selepas rumah musnah,” katanya yang memberitahu akan mencari rumah sewa kerana tidak mahu membebani anak yang lain.
Dalam pada itu, MAIK menyalurkan sumbangan RM2,000 kepada tujuh mangsa kebakaran itu dan sedang mengenal pasti mangsa lain yang memerlukan. HM
Pelanggan belum tahu motosikal musnah
Baca Artikel Menarik :
- Kemungkinan ahli Pas sabotaj calon Bersatu
- Saya puasa untuk elak beli tuala wanita – pemain biola
- Rafiq tinggalkan pengundi DUN Paya Rumput demi kerusi selamat
- Serangan kudis herpes
- Beli Dulu, Bayar Kemudian Memang Syok Tapi Ketahui Hukumnya Dalam Islam
- UMNO tak mungkir janji cuma tangan dihulur tak disambut Pas
- “Lahabau Melaka, Jom Undi”, Teo minta maaf
- Resepi Siakap Kayangan Kontroversi
- Duit lesap, rumah pula disewakan
- Harga ayam mungkin terus naik – Bos Mydin
Layari Laman Facebook MYKMU
Asteroid berbahaya 4660 Nereus hampiri Bumi [VIDEO]