‘Joker’ Jepun Bakar Kereta Api, Cetus Huru Hara Tikam Orang Ramai Hingga 17 Cedera [VIDEO]

‘Joker’ Jepun Bakar Kereta Api, Cetus Huru Hara Tikam Orang Ramai Hingga 17 Cedera [VIDEO]

TOKYO: Suspek dalam insiden serangan kereta api ekspres di Tokyo, Kyota hattori mengaku meniru watak “Joker”, penjahat dalam siri buku komik dan musuh Batman, dalam kejadian pada malam halloween.

Sekurang-kurangnya 17 cedera dalam kejadian itu di mana seorang lelaki warga emas kini dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pada petang Ahad semalam, seorang lelaki berusia 24 tahun memakai kostum ‘Joker’ telah menyerang penumpang di laluan kereta api Tokyo. Menurut laporan Reuters, insiden itu telah menyebabkan 17 orang awam tercedera ketika para pengunjung parti dalam perjalanan menuju ke pusat bandar untuk perhimpunan Halloween.

Seorang warga emas berusia 60 tahun dijumpai dalam keadaan kritikal selepas ditikam oleh ‘Joker’ tersebut. Salah seorang saksi menyatakan penyerang itu telah menikam 10 orang penumpang secara rambang sebelum menuang cecair dipercayai minyak di sekeliling dalam gerabak sebelum menyalakan api.

https://twitter.com/i/status/1454824376528945158

Dalam beberapa video dan gambar yang dimuat naik pada platform Twitter, kelihatan orang ramai bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri apabila serangan berlaku dan kereta api mula terbakar.

“Saya ingatkan ia cuma ‘stunt’ untuk Halloween. Kemudian, saya ternampak lelaki memakai pakaian ‘Joker’ berjalan ke arah kami dan ‘melambai-lambai’ pisau panjang yang mempunyai kesan darah,” kata salah seorang saksi yang berada semasa kejadian.

Jabatan Bomba Tokyo berkata 17 penumpang cedera, termasuk tiga parah. Tidak semua daripada mangsa ditikam dan kebanyakan kecederaan tidak serius, tambah pegawai yang bertugas.

Setelah melakukan serangan tersebut, suspek ‘Joker’ itu dirakam sedang duduk sambil menghisap rokok dengan tenang seperti tiada apa-apa yang terjadi. Pihak polis telah menahan suspek serta-merta di tempat kejadian.

Media tempatan melaporkan suspek memberitahu pihak polis dia melakukan perkara tersebut kerana ‘mahu membunuh orang supaya dia boleh dijatuhkan hukuman mati’.

Menurut Kyodo News, penyerang memberitahu penyiasat bahawa dia cuba berpakaian seperti Joker yang memakai sut ungu dalam komik.

Suspek juga berhasrat untuk mencipta semula adegan filem Joker 2019.

Dua jam sebelum melakukan jenayah itu, Hattori melawat wad Shibuya, tempat halloween disambut secara meluas sebelum pandemik COVID-19.

‘Joker’ Jepun Bakar Kereta Api, Cetus Huru Hara Tikam Orang Ramai Hingga 17 Cedera [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka: MKT Umno beri PM mandat berunding, elak parti dalam kerajaan bertembung

Tuntutan pengeluaran KWSP gagal, rakyat mengadu pada Bossku

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker