Dos penggalak tak jejaskan status vaksin penuh: Menteri Kesihatan

Status vaksinasi individu tidak akan terjejas sama ada seseorang itu menerima atau menolak dos penggalak, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Pada sidang media harinya hari ini, Khairy berkata kerajaan tidak mewajibkan mana-mana penerima vaksin untuk mendapatkan dos penggalak atau dos ketiga, tetapi ia sangat digalakkan.

“Dos penggalak tidak menjejaskan status vaksin penuh.

“Kita akan tawar dos penggalak kepada kumpulan-kumpulan yang kita rasa layak menerima. Tetapi ia bukan wajib untuk menerima dos penggalak.

“Sebaliknya, kita akan menawarkan kepada kumpulan-kumpulan tertentu, bermula dengan warga emas, individu yang ada ‘comorbidities’, petugas barisan hadapan dan juga mereka yang ‘minor compromise’ untuk menerima dos penggalak iaitu dos ketiga.

“Kita tak akan paksa tapi sangat digalakkan selepas enam bulan daripada dos kedua, tampil menerima dos penggalak disebabkan kita rasa ada sedikit penurunan dalam tindak balas imun vaksin yang kita beri,” katanya dalam sidang media hari ini.

Khairy juga turut memaklumkan wartawan bahawa individu dewasa yang belum mendaftar untuk mendapat vaksin boleh membuat janji temu melalui MySejahtera tidak lama lagi.

Menurutnya, pengguna boleh berbuat demikian dengan mengakses fitur Helpdesk pada aplikasi.

“Bagi mereka yang belum mendapat vaksin, tetapi mereka ingin mendapatkannya, mereka boleh mendapatkan janji temu melalui MySejahtera.

“Saya faham bahawa ada (orang yang ingin mendapatkan vaksin), tetapi ketika mereka menghubungi klinik kesihatan terdekat, ada yang tidak menjawab telefon mereka,” katanya.

Sementara itu, berkenaan pemindahan sijil vaksinasi tanggungan dari akaun MySejahtera, Khairy berkata mereka yang didaftar sebagai tanggungan mesti terlebih dahulu dikeluarkan dari akaun utama.

“Pemindahan sijil, dia kena batalkan orang itu sebagai tanggungan dulu bila batal tanggungan tersebut, ia buka satu ID baru secara automatik akan dapat sijil vaksinasi.

“Tetapi mesti batal di akaun utama. Ramai buat baru tapi dia lupa batal tanggungan dia,” katanya lagi.

Dos penggalak tak jejaskan status vaksin penuh: Menteri Kesihatan

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


5 reformasi hentikan sarkas katak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker