#Roadto20k bukan bahan jenaka
#Roadto20k bukan bahan jenaka
Ciapan sohor kini ‘Road to 20k’ dengan memberikan bayangan Malaysia bakal mecatatkan angka kes Covid-19 sebanyak 20,000 sehari dalam masa terdekat bukanlah sesuatu yang harus dijadikan bahan jenaka oleh orang ramai.
Ini berikutan ramai pengguna Twitter menzahirkan rasa kurang senang dengan ciapan sedemikian selain menyifatkan ia seolah-olah mendoakan Malaysia untuk terus berada dalam situasi lebih getir.
Menurut @zayna_ms, ‘Road to 20k’ tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka meskipun kes di negara ini mencatatkan peningkatan setiap hari.
“Semua orang tahu kes berterusan naik setiap hari, tetapi, road to 20k bukan bahan jenaka, seharusnya kita perlu cuba untuk elakkannya, terus duduk rumah dan jaga diri,” ciapnya tadi.
Senada dengan gadis itu ialah seorang lagi pengguna Twitter iaitu @cjhdior yang menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat lawak berhubung peningkatan kes yang sedang dicatatkan di Malaysia.
“Tolong jangan buat lawak mengenai road to 20k, ia tidak kelakar dan tidak pernah akan jadi kelakar.
“Ramai orang dekat luar sana meninggal dunia kerana Covid-19 dan kalian di sini membuat lawak mengenai hal tersebut,” tegasnya.
Bagi @priscanav pula, road to 20k bukanlah sesuatu pencapaian yang harus dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia.
“17,000 kes bukanlah sesuatu untuk ditertawakan, road to 20k juga bukanlah sesuatu pencapaian, Covid-19 merupakan hal serius, tolong hentikan perwatakan tidak matang,” tulisnya.
Kes hari ini terus mencatatkan peningkatan dengan 17,045 kes menjadikan jumlah kes positif Covid-19 akhirnya mencecah 1,013,438 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 8,500 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 2,045 kes dan Kedah sebanyak 1,216 kes. K Online
#Roadto20k bukan bahan jenaka
Baca Artikel Menarik :
- Najib rayu doktor kontrak tidak mogok
- Tukar kepada hamba rakyat
- Kami hanya ambil 3% sumbangan bayar kakitangan – Nadir
- Luahan hati Kunan setelah tidak didapati bersalah dan pendakwaan terpilih Mahathir
- Ebit Liew menjawab fitnah, tiada satu pun tabung dibuka [VIDEO]
- Resepi Mee Rebus Daging Sedap Betul