Pelajar mangsa buli bunuh datuk, nenek sebelum serang sekolah

Pelajar mangsa buli bunuh datuk, nenek sebelum serang sekolah
MAYAT seorang mangsa amukan senjata api diusung keluar dari kawasan sekolah di daerah Bang Kruai, wilayah Ninthaburi, utara Bangkok hari ini. – AFP

BANGKOK – Seorang budak lelaki berusia 14 tahun di Thailand, yang disifatkan sebagai ‘bermasalah’ dan ‘dibuli’ oleh rakan sekelas bertindak membunuh datuk dan neneknya sebelum menembak mati lima lagi mangsa di sebuah sekolah hari ini, kata polis.

“Mula-mula dia menembak mati kedua-dua datuk dan neneknya, menggunakan pistol datuknya, kemudian dia pergi ke sebuah sekolah menengah di wilayah Nonthaburi, bersempadan dengan Bangkok dan membunuh lima kakitangan sekolah,” kata polis Thai dalam satu kenyataan.

Suspek berumur 14 tahun itu juga maut, kata kenyataan itu, dengan seorang pegawai polis memberitahu AFP bahawa suspek mengambil nyawanya sendiri.

Berpuluh-puluh anggota polis dan penyelamat berkumpul di luar Sekolah Debsirin Nonthaburi yang dikepung, lapor wartawan AFP, manakala ibu bapa menunggu untuk menjemput anak-anak mereka serta kakitangan yang menangis sambil menenangkan antara satu sama lain.

“Saya takut saya akan mati dan saya takut saya tidak akan dapat mengejar impian saya,” kata, pelajar tingkatan 5 (gred 12) yang berharap untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah perubatan, Pawarisa Maylissa.

“Saya mendengar bunyi tembakan dengan sangat kuat kerana nampaknya suspek berada di tingkat tepat di atas tingkat kami,” tambahnya kepada AFP.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Tak Kaitkan Pemimpin BN Dengan ‘Sakau’ TH, Manndzri Tempelak Tuduhan PH


Perdana Menteri Anutin Charnvirakul memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa “polis menyoal siasat sahabat karibnya yang mengatakan bahawa suspek berada di bawah tekanan berkaitan persekolahannya.

“Tindakannya juga menunjukkan bahawa dia telah merancang dengan teliti serangan ini, kata Anutin.

Menurutnya, lebih 30 orang cedera, dengan kira-kira sembilan dalam keadaan kritikal. – AFP

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

RCI TH: Ahmad Zahid Seru Cari Kebenaran, Henti Polemik

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker