Orang Asli simpan duit ‘berkepuk’ dalam guni beras

JAKARTA – Seorang lelaki Orang Asli di wilayah Papua, Indonesia mengundang perhatian pengguna media sosial apabila menggunakan guni simpanan beras untuk menyimpan sejumlah wang tunai yang dikeluarkan dari sebuah bank, lapor portal berita Lambe Turah.
Imej dimuat naik di platform Threads oleh akaun @folkkonoha menunjukkan dua lelaki memakai pakaian khas suku Papua itu datang ke sebuah pusat perbankan.
Selain mengenakan seluar pendek dan berkaki ayam, salah seorang lelaki dilihat hanya membawa beberapa guni beras yang kosong.
“Guni beras itu digunakan untuk menyimpan duit. Mereka tidak memakai beg,” demikian menurut hantaran itu.
Masih belum diketahui bila gambar itu diambil atau tujuan lelaki berkenaan mengeluarkan duit yang banyak. – AGENSI
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Baiki Sistem, Kukuhkan Tabung Haji – Mohd Isam
- RCI TH: Rekod BNM Jelas, Penerangan Menteri Berbeza – Naim Moktar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.