Budak 7 tahun, remaja perempuan 16 tahun maut nahas

Budak 7 tahun, remaja perempuan 16 tahun maut nahas

JITRA: Seorang budak perempuan berusia tujuh tahun antara dua yang maut dalam nahas berasingan di sini, malam tadi.

Mangsa membonceng motosikal ditunggang bapanya berusia 33 tahun terbabit kemalangan dengan kereta di Simpang 3, Jalan Sanglang, berhampiran Balai Bomba Sukarela, dekat sini yang dilaporkan kepada polis sekitar jam 9.15 malam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim, berkata kanak-kanak berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala bapanya hanya cedera ringan.

“Jam 9.15 malam, polis terima maklumat kemalangan sebuah motosikal Honda EX-5 dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza. Siasatan awal mendapati kemalangan itu ketika Perodua Alza dari arah Alor Setar menghala Simpang Ampat, Perlis tidak sempat mengelak daripada melanggar motosikal dari arah belakang sejurus sebuah kereta di hadapannya bergerak ke sisi kiri jalan.

“Akibat kemalangan itu, kanak-kanak perempuan yang membonceng motosikal meninggal dunia di tempat kejadian, manakala bapanya cedera ringan. Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Putar-Belit Isu Felda, Hentikan Tuduh UMNO – Tengku Haphiz


Dalam kemalangan kedua dekat Sanglang yang dilaporkan kepada polis kira-kira 10.15 malam, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun maut, manakala rakan lelakinya parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabas ke kiri jalan dan terlanggar tiang papan tanda ‘Selamat Jalan’ di sempadan Kedah-Perlis.

Mohd Radzi berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada jam 10.15 malam yang membabitkan sebuah motosikal Honda EX5 terbabas sendiri ketika mangsa dalam perjalanan menuju ke Kangar.

“Kemalangan itu menyebabkan remaja perempuan terbabit yang membonceng motosikal maut di tempat kejadian, manakala rakan lelakinya yang berusia 17 tahun parah di muka dan kepala. Penunggang motosikal dibawa ke HSB untuk rawatan akibat kecederaan yang dialami. Mayat dihantar ke Jabatan Forensik HSB dan kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Budak 7 tahun, remaja perempuan 16 tahun maut nahas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes Sulu: Hargai Usaha Kekalkan Kedaulatan, Tolak Tuntutan Tidak Berasas – Rosni Zahari

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker