Simeone kagum aksi luar biasa Sorloth benam Sociedad
Simeone kagum aksi luar biasa Sorloth benam Sociedad

Madrid: Pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone melontarkan pujian tinggi terhadap Alexander Sorloth selepas penyerang Norway itu meledak empat gol dalam kemenangan besar 4-0 ke atas Real Sociedad dalam aksi LaLiga, awal pagi tadi.
Sorloth mencipta sejarah dengan menjaringkan hatrik terpantas dalam sejarah LaLiga dalam hanya 11 minit pertama, sebelum melengkapkan malam gemilangnya dengan gol keempat pada minit ke-30.
“Saya amat berpuas hati dengan aksi separuh masa pertama secara keseluruhan. Tapi Alex, dia berada pada tahap yang berbeza.
“Dia benar-benar menakjubkan dalam 45 minit pertama – menyempurnakan setiap peluang yang hadir tepat dan meyakinkan. Ia membolehkan kami mengawal perlawanan dan mencipta kelebihan luar jangka,” kata Simeone dalam sidang media selepas perlawanan.
Walaupun kini muncul sebagai penjaring terbanyak Atletico musim ini dengan 17 gol dalam liga, Sorloth lebih banyak bermula dari bangku simpanan – tampil dalam 19 perlawanan sebagai pemain gantian, berbanding hanya 13 kali dalam kesebelasan utama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
“Kalau ikut statistik, dia lebih banyak menjaringkan gol sebagai pemain gantian – kecuali hari ini, sudah tentu,” ujar jurulatih dari Argentina itu.
Simeone juga menegaskan Sorloth bukan sekadar penyerang pemusnah, tetapi pemain serba boleh.
“Apa yang saya suka tentang dia ialah peranannya dalam setiap situasi permainan. Jika kita menyerang, dia berikan kehadiran fizikal di dalam kotak. Kalau kita serang balas, dia ada ketajaman hantaran. Dan kalau bertahan, kekuatan fizikalnya membantu kami keluar daripada tekanan,” katanya lagi.
Sorloth, yang menyertai Atletico dari Villarreal pada Ogos lalu, turut memuji rakan sepasukan yang banyak membantunya menjaringkan gol.
“Bola memang datang tepat kepada saya, dan rakan sepasukan pula memberi hantaran-hantaran yang berkualiti.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
“Saya sangat gembira… dan berharap untuk terus beraksi lama dalam LaLiga dan ulangi lagi malam seperti ini. Saya mulakan musim ini dengan perlahan, tapi mulai Oktober dan November, semuanya berubah. Kini, rakan lebih memahami gaya permainan saya,” katanya.
Menariknya, ini bukan kali pertama Sorloth mencatat empat gol dalam satu perlawanan – musim lalu, dia turut meledak empat jaringan menentang Real Madrid ketika masih bersama Real Sociedad, pasukan yang pernah diwakilinya secara pinjaman dari Red Bull Leipzig antara 2021 hingga 2023.
Simeone kagum aksi luar biasa Sorloth benam Sociedad
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
You must be logged in to post a comment.