Messi alami kekalahan paling teruk dalam MLS

Messi alami kekalahan paling teruk dalam MLS

Messi alami kekalahan paling teruk dalam MLS
Penyerang Inter Miami, Lionel Messi (10) melakukan percubaan pada separuh pertama menentang Minnesota United di Allianz Field. – Foto Reuters

Washington: Lionel Messi berdepan detik hitam dalam karier Major League Soccer (MLS) apabila Inter Miami dibelasah 1-4 oleh Minnesota United, awal pagi tadi.

Walaupun bintang Argentina itu berjaya menjaringkan satu gol pada separuh masa kedua, benteng pertahanan Miami sekali lagi menjadi punca kerapuhan pasukan, yang kini mencatatkan empat kekalahan dalam lima aksi terakhir dalam semua kejohanan – dengan 14 gol bolos direkodkan.

Tanpa kelibat Luis Suarez yang mengalami kecederaan, ketua jurulatih Javier Mascherano mengambil keputusan menurunkan kesebelasan tanpa penyerang tulen, dengan Messi bergerak bebas di hadapan lima pemain tengah.

Minnesota terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Bongokuhle Hlongwane pada minit ke-32 hasil lorongan cantik Joaquín Pereyra kepada Carlos Harvey, yang kemudian menghantar bola kepada penyerang antarabangsa Afrika Selatan itu di dalam kotak penalti.

Messi hampir mencuri tumpuan enam minit kemudian, namun rembatan rendahnya tidak mendatangkan ancaman.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP


Minnesota menggandakan kelebihan sebelum rehat apabila lontaran jauh Michael Boxall disambut Nicolas Romero, sebelum Anthony Markanich menanduk masuk di tiang jauh.

Messi kembali menghadirkan sinar harapan sejurus babak kedua bermula apabila menyambut hantaran Jordi Alba dan menyudahkan dengan sentuhan dan penyudah yang cukup berbisa.

Namun, Minnesota tidak menunggu lama untuk kembali menghukum. Tani Oluwaseyi menyudahkan sepakan penjuru yang kemudian ditanduk ke gawang sendiri oleh Marcelo Weigandt.

Oluwaseyi sekali lagi mencuri tumpuan apabila bijak menahan asakan Noah Allen sebelum melorongkan bola kepada Robin Lod, yang menyempurnakan peluang dengan sepakan leret kemas dari luar kotak penalti.

Mascherano, bekas pemain tengah Barcelona dan Argentina, mengakui ketiadaan Fafa Picault yang mengalami migrain sebelum perlawanan sedikit sebanyak menjejaskan perancangannya.

“Ia kekalahan yang sukar untuk diterima. Kami tahu cara Minnesota bermain – pantas dalam serangan balas dan set-piece – dan mereka berjaya menghukum kami dalam semua aspek yang kami sudah jangka. Itu yang paling membimbangkan saya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy


“Jika pemain gagal beraksi pada tahap sepatutnya, tanggungjawab terletak sepenuhnya pada saya sebagai jurulatih,” katanya.

Messi alami kekalahan paling teruk dalam MLS


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker