Mayat bayi lelaki masih bertali pusat ditemui di Sungai Klang
Mayat bayi lelaki masih bertali pusat ditemui di Sungai Klang
KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di Sungai Klang berhampiran sebuah restoran di Jalan Klang Lama, di sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata terdahulu pihak MERS 999 menerima aduan awam berhubung penemuan objek seperti mayat bayi, kira-kira jam 2.05 petang.
Sebaik menerima aduan, beliau berkata, pasukan penyiasat bersama detektif, juru foto serta anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke lokasi bagi menjalankan siasatan awal.
“Saksi yang sedang berada di restoran berhampiran memaklumkan ternampak satu objek seperti mayat bayi tersangkut pada batu di Sungai Klang sebelum menghubungi polis.
“Berikutan itu, kita meminta bantuan pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh untuk membawa naik jasad bayi berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
Ku Mashariman berkata, siasatan mendapati jasad bayi lelaki itu berada dalam keadaan masih bertali pusat, dipercayai baru dilahirkan.
“Proses bedah siasat akan dijalankan di Jabatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada tengah hari, esok.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit,” katanya.
Setakat ini, katanya tiada tangkapan dibuat dan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab.
Mayat bayi lelaki masih bertali pusat ditemui di Sungai Klang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
You must be logged in to post a comment.