Warga emas cedera SUV rempuh restoran makanan segera
Warga emas cedera SUV rempuh restoran makanan segera

LUMUT: Pelanggan dan pekerja sebuah restoran makanan segera di Jalan Haji Mohd Ali, Sitiawan, di sini, terkejut apabila sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh masuk ke dalam restoran itu.
Dalam kejadian jam 9.09 malam tadi, SUV jenis Volvo itu merempuh dinding kaca restoran makanan segera berkenaan dan mengakibatkan seorang wanita warga emas cedera.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata insiden terbabit mengakibatkan warga emas berusia 70-an itu tersepit di bahagian bawah SUV berkenaan.
Beliau berkata, kejadian membabitkan SUV berkenaan yang dipercayai terbabas dan merempuh restoran terbabit.
“Bagaimanapun, warga emas yang juga pelanggan restoran itu yang tersepit di bawah SUV berkenaan dikeluarkan oleh orang awam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
“Sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung bergegas ke lokasi bagi membantu pegawai perubatan Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut.
“Operasi terkawal jam 9.30 malam dan tamat sepenuhnya jam 9.49 malam tadi,” katanya menerusi kenyataan.
Terdahulu, tular beberapa video memaparkan situasi di tempat kejadian yang terletak berhampiran dengan persimpangan lampu isyarat antara Jalan Lumut dan Jalan Haji Mohd Ali di sini.
Warga emas cedera SUV rempuh restoran makanan segera
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
emas cedera SUV rempuh restoran makanan segera
You must be logged in to post a comment.