Tuduhan pecah amanah lebih RM140,000, hakim benar lelaki warga India diikat jamin RM50,000

Tuduhan pecah amanah lebih RM140,000, hakim benar lelaki warga India diikat jamin RM50,000

Tuduhan pecah amanah lebih RM140,000, hakim benar lelaki warga India diikat jamin RM50,000
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, membenarkan permohonan semakan jaminan oleh seorang pengarah syarikat warga India yang dituduh melakukan pecah amanah wang syarikat.

Hakim Mahkamah Tinggi, K Muniandy membenarkan tertuduh, Rajinder Singh, 57, diikat jamin RM50,000 dengan dua penjamin untuk pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang syarikat berjumlah lebih RM140,000 pada 2021.

Muniandy turut mengarahkan pasport antarabangsa Rajinder diserahkan kepada pihak mahkamah.

Ketika mitigasi, peguam Daniel Annamalai yang mewakili tertuduh, berkata tertuduh tidak diberi peluang dalam hak asasinya untuk diberikan jaminan pada prosiding sebelum ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Izalina Abdullah memberitahu mahkamah, pihaknya tiada bantahan jika mahkamah mempertimbangkan membenarkan tertuduh dijamin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng


“Sebelum ini pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM70,000 dengan dua penjamin dan pasport tertuduh diserahkan untuk simpanan mahkamah sebagai syarat tambahan,” katanya.

Pada Isnin lalu, tertuduh tidak mengaku salah sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris oleh jurubahasa terhadapnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Zulqarnain Hassan.

Mengikut pertuduhan utama, bapa kepada dua anak itu didakwa melakukan pecah amanah harta syarikat Vantage Trading Partners Sdn Bhd berjumlah RM141,486.12 yang mana wang itu dalam jagaan tertuduh sebagai pemegang kuasa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di syarikat berkenaan di Ilham Tower, Jalan Binjai di sini, pada 13 Oktober 2021 dan 26 November 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara antara dua hingga 20 tahun dan dengan sebat serta boleh juga didenda.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal


Rajinder juga tidak mengaku salah atas pertuduhan pilihan, iaitu menggunakan wang milik syarikat sama berjumlah RM141,486.21 yang mana wang itu dalam jagaan tertuduh sebagai pemegang kuasa, tanpa persetujuan atau ratifikasi mesyuarat agung, di lokasi dan tarikh sama.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 218(1)(a) Akta Syarikat Malaysia dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda tidak lebih RM3 juta atau kedua-duanya.

Tuduhan pecah amanah lebih RM140,000, hakim benar lelaki warga India diikat jamin RM50,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker