PU Syed Tegur Ameera Khan & Jefri Nichol Terlampau Mesra
‘Tak Gerunkah Kalian Kepada Allah?’
PU Syed Tegur Ameera Khan & Jefri Nichol Terlampau Mesra
Penceramah bebas PU Syed secara terbuka menegur pasangan yang sedang hangat bercinta iaitu pempengaruh Ameera Khan dan pelakon Indonesia Jefri Nichol.
Batas pergaulan
Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 43, berkata teguran itu dibuat selepas Jefri memuat naik video meriba dan mencium pipi adik kepada selebriti, Neelofa di Instagram.
PU Syed dengan tegas menegur mengenai batas pergaulan antara lelaki dan perempuan kerana mereka masih lagi belum menjadi pasangan yang sah di dalam Islam.
Kalian berdua ini beragama Islam kan?
Tak gerunkah kalian kepada Allah?
Tiadakah didikan agama yang kalian berdua terima sehingga tidak langsung merasa malu atas perbuatan yang kalian lakukan?
Maruah ibu dan ayah serta keluarga kalian campakkan ke mana?
Lebih-lebih lagi maruah agama Islam yang menitik beratkan tentang pergaulan lelaki dan perempuan yang bukan mahram!
Dalam teguran itu, PU Syed turut menggesa Ameera dan Jefri untuk berhenti melakukan dosa secara terang-terangan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Adakah alasan cinta atau adakah disebabkan kalian ini kononnya public figure, justeru membenarkan segala yang ditegah agama itu sewenang-wenangnya boleh dilakukan oleh kalian?
Golongan seperti inilah yang amat merisaukan kita sebenarnya.
Kalau dalam cerita Bidaah adanya watak walid yang gilakan wanita, bagaimana pula dengan kisah pasangan ini?
Perbuatan ini boleh jadi halal jika kalian bernikah. Selepas itu, nak buat apa pun silakan selagi dibenarkan syarak, jangan asyik pergi sana sini tanpa sebarang ikatan yang sah.
Cukup-cukuplah menabur dosa, malulah kepada Allah!
Sumber: Instagram
PU Syed Tegur Ameera Khan & Jefri Nichol Terlampau Mesra
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.