Kebakaran di Tawau: Ustaz Ahmad sempat azan sebelum rebah dan meninggal dunia
Kebakaran di Tawau: Ustaz Ahmad sempat azan sebelum rebah dan meninggal dunia

TAWAU: Seorang penceramah bebas sempat melaungkan azan ketika kawasan perkampungan yang didiaminya terbakar di sini, awal pagi tadi, sebelum rebah dan meninggal dunia akibat sesak nafas.
Ketika kejadian kira-kira jam 3 pagi, Ahmad Abdul Malik, 60, yang juga Pengerusi Masjid Baiturrahman di Kampung Baru Batu 2, selain menjadi guru agama dan imam sedang tidur apabila dikejutkan dengan kebakaran itu.
Ketika itu beliau bersama isteri dan seorang anak perempuannya di rumah berkenaan.
Menurut seorang kenalan rapat Allahyarham, Amran Lahamin, 50, ketika kejadian dia bersama penduduk kampung sedang membantu menyelamatkan barang-barang milik mangsa termasuk kenderaan.
“Bagaimanapun hanya bahagian dapur rumah Allahyarham rosak akibat terkena bahang,” katanya sambil menyifatkan Allahyarham sebagai seorang guru agama berdedikasi dan sering menjadi rujukan masyarakat setempat dalam hal ehwal agama.
Jenazah Allahyarham dijangka di kebumikan di Tanah Perkuburan Islamiah Tawau, selepas selesai solat Zohor.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 3.17 pagi sebelum sepasukan 25 anggota dikejarkan ke lokasi yang tiba sepuluh minit kemudian.
“Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran dari terus merebak dan menyelamatkan 47 rumah yang berhampiran dari kawasan kebakaran tersebut.
“Tiga rumah terbakar sepenuhnya dan operasi terkawal pada jam 4.04,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Kebakaran di Tawau: Ustaz Ahmad sempat azan sebelum rebah dan meninggal dunia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.