Bella Astillah & Syed Saddiq Hadiri Majlis Perkahwinan Eyka Farhana [VIDEO]
Curi Tumpuan Ramai!
Bella Astillah & Syed Saddiq Hadiri Majlis Perkahwinan Eyka Farhana [VIDEO]
Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon dan penyanyi cantik satu ini, iaitu Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah.
Memulakan kerjayanya sebagai penyanyi semasa masih kecil bersama-sama adiknya Didi Astillah yang dikenali sebagai Anak-anak mutiara. Mereka berdua kini meneruskan kerjaya dalam industri seni tanah air dalam bidang lakonan.
Penyanyi kelahiran Sandakan Sabah ini telah dikurniakan 2 orang cahaya mata dengan perkahwinan terdahulu bersama bekas suaminya iaitu Aliff Aziz. Kini dikatakan bahawa Bella Astillah sedang hangat bercinta dengan pempengaruh dan ahli politik iaitu Syed Saddiq.
“Tahun Ni Datang Majlis Orang, Mana Tahu Tahun Depan Orang Datang Majlis Mereka Berdua Pulak “-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @eykafarhanaa8 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1 juta, tanda suka sebanyak 54 ribu dan sebanyak 471 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Syed Saddiq dan Bella Astillah yang memakai busana serba hitam yang menghadiri majlis perkahwinan Eyka Farhana dan suaminya itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
@eykafarhanaa8 #eykafarhana #akhyarrashid #fyp #foryou #esekeli #fypp #foryoupage
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Syed Saddiq dan Bella Astillah kelihatan sangat sepadan bersama. Mereka juga mengatakan abahwa mungkin tahun hadapan giliran mereka berdua pula bersanding.
Apa-apa pun, semoga kita semua di berikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Bella Astillah & Syed Saddiq Hadiri Majlis Perkahwinan Eyka Farhana [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.