Posmen hilang ketika pasang tajur ditemui lemas

Posmen hilang ketika pasang tajur ditemui lemas

Posmen hilang ketika pasang tajur ditemui lemas
Mohd Saufi yang hilang ketika keluar memasang tajur ditemukan lemas pagi tadi. – Foto ihsan keluarga dan APM

TANGKAK: Kehilangan seorang posmen sejak malam Ahad lalu selepas keluar memasang tajur (kail besar yang berjoran) terjawab apabila ditemui lemas di Sungai Sawah Ring, Gersik, di sini, pagi tadi.

Mohd Saufi Rosni, 39, ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian lengkap oleh sekumpulan pemancing yang juga rakannya kira-kira 800 meter dari lokasi dipercayai terjatuh

Mohd Saufi dilaporkan keluar rumah berseorangan pada jam 12.30 tengah malam Ahad lalu dengan menaiki bot untuk memasang tajur namun tidak pulang ke rumah pagi keesokan hari.

Menurut sepupu mangsa, Mariam Ismail, 42, berita penemuan jasad Mohd Saudi merungkaikan segala persoalan yang mereka tunggu sejak operasi mencari dan menyelamat digerakkan semalam.

“Kehilangan arwah disedari ahli keluarga sebelum usaha mencari dilakukan dengan bantuan penduduk kampung.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik


“Daripada berita yang kami terima, kemungkinan arwah terjatuh sebelum lemas. Ada penduduk nampak bot arwah hanyut namun tidak menyangka sesuatu perkara buruk berlaku terhadapnya.

“Ahli keluarga arwah beritahu kami, kali terakhir mereka dapat kesan kedudukannya sekitar jam 4 pagi semalam (Isnin). Selepas itu, kami tidak dapat mengesannya sehinggalah pagi ini, jasadnya ditemukan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya lagi, sehari sebelum peristiwa itu berlaku, penduduk Kampung Sawah Ring mengadakan rumah terbuka dan ternampak Mohd Saufi dalam keadaan termenung sambil memandang ke arahnya.

“Bila teringat kembali renungannya malam itu, seolah-olah nak beritahu tahu, malam berkenaan adalah pertemuan terakhir kami. Rupa-rupanya itu petanda dia pergi selama-lamanya.

“Saya memang rapat dan dia gemar memancing jika ada kelapangan selain memiliki bot sendiri. Bila dapat tahu berita ini, saya menangis kerana saya orang terakhir berjumpa dengannya,” katanya dalam keadaan sebak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan penemuan mayat lelaki itu.

Katanya, laporan kehilangan mangsa diterima sebelum operasi digerakkan bagi membantu mencari dan menyelamat.

“Pada jam 9.50 pagi tadi, mayat ditemui sebelum dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut,” katanya.

Posmen hilang ketika pasang tajur ditemui lemas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker