Jayden layak ke Kejohanan Dunia, Sukan Sea Thailand
Jayden layak ke Kejohanan Dunia, Sukan Sea Thailand

Kuala Lumpur: Perenang negara, Jayden Tan berjaya melayakkan diri lebih awal ke Kejohanan Akuatik Dunia 2025 dan Sukan Sea Thailand.
Jayden yang mewakili Kuala Lumpur merangkul pingat emas acara 400 meter (m) rampaian individu dengan catatan masa 4:26.44s pada hari kedua Kejohanan Renang Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, hari ini.
Walaupun gagal memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri iaitu 4:23.24s, Jayden berjaya melepasi masa kelayakan B untuk Sukan Sea (4:36.04s) dan Kejohanan Dunia (4:26.49s) yang membenarkan satu penyertaan bagi setiap negara.
Pingat perak dimenangi oleh Shun Wang dari Hong Kong dengan catatan masa 4:29.56s, manakala Liew Zeng Wye dari Selangor melengkapkan kedudukan podium dengan masa 4:46.15s.
Jayden, 21, berkata, dia lega kerana berjaya mengesahkan penyertaannya ke Kejohanan Akuatik Dunia 2025 di Singapura dari 11 Julai hingga 3 Ogos serta Sukan Sea Thailand dari 7 hingga 19 Disember depan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
“Secara keseluruhan, saya rasa ia satu perlumbaan yang baik. Matlamat utama saya datang ke kejohanan ini adalah untuk melayakkan diri ke Sukan Sea dan juga Kejohanan Dunia dan syukur saya berjaya.
“Bukanlah satu pengakhiran jika saya tak layak kerana masih ada beberapa kejohanan dan peluang lain, tetapi sudah tentu lebih baik jika dapat lakukannya lebih awal. Jadi saya gembira kerana berjaya dan rasa lega,” katanya.
Walaupun berjaya melayakkan diri awal dan memenangi pingat emas, Jayden tetap mahu terus memperbaiki prestasinya.
“Saya tak akan kata ia perlumbaan yang sempurna. Setiap kali bersaing, pasti ada sesuatu yang boleh dibaiki, di situlah tempat kita terus perbaiki diri,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi perenang kebangsaan, Khiew Hoe Yean menjadi perenang Malaysia pertama berjaya melepasi masa kelayakan A untuk Sukan Sea Thailand apabila memenangi acara 200m gaya bebas dengan catatan masa 1:48.46s mengatasi masa kelayakan Sukan Sea iaitu 1:49.31s.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
- Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu
Pingat perak dimenangi oleh Surasit Thongdeang dari Thailand dengan masa 1:50.82s, manakala Dhuha Zulfikry dari Kuala Lumpur meraih pingat gangsa dengan catatan 1:50.90s.
Jayden layak ke Kejohanan Dunia, Sukan Sea Thailand
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
You must be logged in to post a comment.