Bukan tugas mudah berdepan juara bertahan – Fadhli
Bukan tugas mudah berdepan juara bertahan – Fadhli

Kuantan: Kapten Sri Pahang FC, Fadhli Shas mengakui bukan tugas yang mudah apabila berdepan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga juara bertahan pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.
Fadhli yang juga pemain pertahanan berkata, pada masa sama, skuad itu tidak dapat menyenaraikan dua pemain utama, Kpah Sherman dan Manuel Hidalgo yang turut memberikan kesan terhadap persiapan pasukan.
“Berdepan pasukan pilihan seperti JDT tanpa dua tonggak utama bukan sesuatu yang mudah buat Sri Pahang tetapi kami akan melakukan yang terbaik selepas kali terakhir beraksi di pentas final 2014.
“Pada masa sama, saya lihat motivasi dan kesungguhan rakan sepasukan sangat tinggi di pentas final ini yang diyakini memberi kelebihan untuk mempamerkan prestasi terbaik biarpun berdepan tentangan sengit
“Oleh tu, sokongan dan doa daripada peminat skuad Tok Gajah sangat bermakna buat kami di kem Sri Pahang selepas sekian lama skuad ini tidak beraksi di pentas final Piala Malaysia,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
Ditanya tentangan sengit yang bakal dihadapi Sri Pahang, Fadhli berkata, semua pihak sedia maklum bahawa JDT adalah sebuah pasukan yang hebat serta dibarisi barisan pemain yang berkualiti di setiap posisi.
Justeru, katanya, sebagai pemain, mereka akan mematuhi segala arahan daripada ketua jurulatih, Fandi Ahmad terutama berkaitan taktikal untuk mengekang asakan lawan.
“Dengan izin Allah SWT, kami harap dapat mempamerkan aksi terbaik terutama kembali untuk muncul juara selepas kali terakhir melakukannya pada 2014,” katanya.
Berdasarkan rekod, kali terakhir Sri Pahang melangkah ke pentas final piala berprestij itu pada 2014 dan bergelar juara pada musim itu selepas menewaskan JDT.
Bukan tugas mudah berdepan juara bertahan – Fadhli
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.